Thursday 28 January 2016

Najib Razak VS Duit Derma : Profesor James Chin Kata Rakyat Ramai Tidak Percaya, Skeptikal!


Najib Razak yang terpalit dengan skandal dan isu derma RM2.6 Bilion selama berbulan-bulan lamanya termasuk daripada media berpengaruh di dunia seperti Wall Street Journal, kini sudah boleh tidur lena.

Ini kerana Peguam Negara telah membersihkan nama Najib Razak daripada sebarang dakwaan di luar sana, yang mana tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Najib Razak.

Disebalik, isu derma Rm2.6 bilion rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan beberapa episod termasuklah penukaran Timbalan perdana Menteri Malaysia, penukaran Peguam negara, penukaran pegawat tertinggi SPRM, penukaran ahli PAC dan sebagainya.

Terbaru Pengarah Institut Asia dari Universiti Tasmania, Profesor James Chin berkongsi pandangan dan pemerhatian sejurus sahaja keputusan Peguam Negara yang terbaru ini daripada beberapa perspektif :

Pandangan Balas Profesor James Chin : Isu Najib Razak vs Duit Derma?

  1. Yang pertama, Daripada aspek undang-undang Peguam Negara mengatakan tiada sebarang kesalahan jenayah, rasuah dan duit tersebut bukannya “duit yang kotor” ataupun adakaitan dengan 1MDB
  2. Tetapi mengambil kira pandangan rakyat Malaysia, Profesor James merasakan ia agak berbeza. Profesor James merasakan masih terlalu banyak keraguan dikalangan rakyat Malaysia mengenai sumber dana derma RM2.6 bilion ini yang diterima Najib Razak
  3. Profesor James Chin juga mengatakan yang mana ramai rakyat Malaysia yang tidak percaya jika ada kalangan yang sanggup memberikan duit sejumlah RM2.6 bilion itu kepada seseorang. Jikalau RM2.6 juta masih ada ruang utnuk rakyat Malaysia mempercayainya tetapi bukannya sejumlah RM2.6 bilion
  4. Masyarakat umum masih lagi skeptikal dengan proses keseluruhan dalam isu RM2.6 bilion ini termasuk tertanya-tanya bagaimana mungkin Perdana Menteri Malaysia menerima masuk derma ke dalam akaun persendirian
  5. Profesor James Chin menambah, keputusan Peguam Negara ini juga akan memberikan kesan kepada laporan siasatan daripada PAC dan juga Ketua Audit Negara yang mana Peguam Negara telah membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang tindakan undang-undang melibatkan isu duit derma RM2.6 bilion ini
P/S : Orang yang ikhlas sudah bagi derma bilion-bilion, tanpa mengharapkan balasan katanya. Kemudian pulangkan semula sebahagian besarnya. Mengapa pulangkan semula? Mengapa tidak pulangkan kepada rakyat Malaysia?

PP/S : Cuma Berita Semasa ada pelik sedikit. Cuma…mengapa pulangkan semula duit derma bilion-bilion tersebut jikalau tujuannya untuk bantu banteras pengaruh Yahudi, meneruskan perjuangan demi agama Islam, mengekang keganasan kumpulan militan, membiayai perjuangan melawan DAP “yang didakwa dibiayai Yahudi” seperti kenyataan-kenyataan pada gambar-gambar di bawah ini…


sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: