Coretan Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkenaan RAYANI AIR yang
perkhidmatannya mematuhi syariat islam meskipun CEO merekan adala
seorang india selepas tony fernandes.
Sebelumnya Memang Agak sukar menemukan syarikat penerbangan di
malaysia seperti pemakaian yang menutup aurat,tiada penyediaan arak dan
pembacaan doa sebelum berlepas.
Karena kebanyakan syarikat penerbangan mempercayai arak dalam pesawat
itu dan kain seksi yang terbelah adalah daya tarikan pelanggan.
Isu itu telah dikemukakan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman,Berukut ulasan beliau.
Tahniah Rayani Air yang mengumumkan sebagai syarikat penerbangan patuh shariah pertama di Malaysia, kerana:-
- Tiada hidangan alkohol (namun ujian sebenar kepada polisi ini adalah apabila wujud perjalanan antarabangsa dan bukan hanya domestik)
- Staff muslimah diwajibkan berhijab
- Dimulakan dengan doa
- Makanan yang dihidang berstatus Halal.
Apa yang lebih manis apabila, pengasas dan pemiliknya iaitu Ravi
Alagendrran (Founder) dan Dato Karthiyani Govindan adalah dari bangsa
India dan bukan pula beragama Islam (Maaf jika tersilap & pohon
dimaklumkan jika saya silap). Ia hebat, kerana yang bukan Islam pula
yang mampu mendokong ciri-ciri Islam dalam pesawat milik mereka
berbanding orang Islam.
Namun patuh Shariah janganlah hanya dihadkan kepada empat item itu sahaja tetapi juga lain-lain ciri, antaranya :-
- Kualiti pekerja menjadi keutamaan
- Gaji pekerja kompetitif iktiraf pencapaian (khususnya bila sudah berkembang nanti)
- Syarikat tidak berhutang dari bank konvensional dengan riba.
- Wang tunai & pelaburan syarikat disimpan di institusi kewangan halal.
- Penyelenggaraan pesawat wajib sentiasa ikut SOP tertinggi keselamatan.
- Harga tiket yang kompetitif
- Penumpang ditawar untuk ambil perlindungan takaful dan bukan insuran.
- Membayar hutang supplier ‘on time’ berdasarkan terma kontrak.
- Bersifat mesra pelanggan OKU, yang uzur & memerlukan.
- Jangan wujud caj tersembunyi (hidden charges) dalam harga tiket dan caj bagasi tersembunyi.
- Pakaian staff wanita Islam perlu dilonggarkan sedikit lagi agar tidak jelas menunjukkan bentuk badan mereka, khususnya di bahagian sensitif.
Apapun tahniah kerana tidak termakan dengan dakwaan murahan
sesetengah pihak kononnya “arak diperlukan di dalam pesawat kerana itu
nilai komersial sesebuah pesawat, kain perlu terbelah dan seksi kerana
daya tarikan pelanggan.”
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
PRESIDEN MURSHID
sumber : eberita.org/
No comments:
Post a Comment