Monday 25 January 2016

Batu Caves perlu khidmat kereta kabel

Pelancong asing turut tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus berbincang dengan pihak berkaitan bagi mewujudkan kemudahan pengangkutan di Batu Caves yang tergendala kerana tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kemudahan itu penting bagi memudahkan warga emas, orang kelainan upaya dan pelancong melawat gua paling atas di Batu Caves tanpa perlu memanjat 272 anak tangga untuk sampai ke sana.

“Kita hendak bina kereta kabel tapi ada kekangan berikutan tidak mendapat kelulusan MPS. Kita akur dengan keputusan MPS selepas mengambil kira ekosistem dan alam sekitar, tapi pada masa sama kita akan teruskan perbincangan dengan MPS dan pihak yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Thaipusam di sini semalam.

sumber : kosmo.com.my/

No comments: