Saturday, 30 January 2016

1.6 Juta Kakitangan Awam, 10 Ribu Pekerja Kontrak Kerajaan Tidak Diberhentikan. Malah Naik Gaji Lagi!


Terima kasih kepada bantuan daripada rakyat termasuk ibu bapa, golongan pencen, kanak-kanak, pelajar, mahasiswa, kakitangan awam, pekerja swasta yang membayar cukai 6 peratus setiap kali anda semua membelanja.

Jikalau tidak, jikalau tidak sudah pastinya kalangan penjawat awam masih ada kerja, kakitangan awam yang berstatus kontrak tidak terkesan dengan gelombang ekonomi Malaysia hari ini.

Secara statistik, Malaysia hari ini ada sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 pekerja kontrak kerajaan. Terbaru, Najib Razak mengatakan :
  • “GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.
  • “Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.
  • “Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak (pekerja kontrak kerajaan),” katanya
Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah nafikan laporan berita dan desas-desus kononnya elaun penjawat awam bakal dipotong, pekerja kontrak kerajaan diberhentikan, kena potong gaji dan juga kenaikan pangkat kakitangan awam dimansuhkan. Macam-macam.

Terkini, Perdana Menteri telah menjelaskan dalam pengumumannya di dalam siri pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia dengan mengatakan :

Pengumuman Pengubahsuain Bajet 2016 : Pekerja Kontrak Kerajaan?

  1. Kakitangan tetap kerajaan tidak terkesan dengen ketidaktentuan ekonomi Malaysia hari ini
  2. Pekerja kontrak kerajaan tidak akan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan atau tidak disambung kontraknya
  3. Ketiga, kenaikan gaji tahunan KGT bagi bulan Julai 2016 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2016 akan kekal seperti biasa. Itu jaminan Najib Razak
Alhamdulillah.

P/S : Adakah dengan umumkan naik kadar peratus GST akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dalam kumpulan kakitangan kerajaan di masa akan datang?

No comments: