Menjadi kerisauan ramai pemilik rumah apabila meninggalkan rumah dalam
tempoh agak lama kerana memikirkan rumah mungkin akan diceroboh oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai jika hendak meninggalkan rumah
dengan tempoh yang lama di mana memakan masa berhari-hari, eloklah
dimaklumkan kepada balai polis berhampiran.
Selain itu, faktor keselamatan rumah juga perlu diambil berat oleh
pemilik rumah dengan menambah alat keselamatan rumah contohnya grill
atau sistem penggera keselamatan bagi mereka yang mampu.
Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison -Realtor telah berkongsikan satu tips yang dipesan bapanya amat berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman anda.
Berikut adalah perkongsian beliau.
My dad gave me this advice a long time ago when I moved into my first
apartment. He even came out and changed the screws for me as soon as I
moved in. Someone else recently posted about it and I thought I would
share!
A good home security tip that you may have never thought about.... Most
contractors install the plates with the supplied screws which are only a
half inch long and come out with one kick by a burglar.
He installed 4 inch screws in their place that go through the door frame
and into the framing of the house. They can kick for a long time before
they get tired!
You can see in the picture the screw in his hand is the screw supplied
with the door hardware. Making a burglar make a bunch of noise and be
foiled in their initial plan can not only give you time to arm yourself
but they will most likely move on to an easier target.
Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya
berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah akan datang dan
tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.
Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan...
Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang
panjangnya setengah inci sahaja.. Ini membolehkan pihak penyamun
menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.
Ayah telah menggantikan skru itu dengan panjang 4 inci bingkai pintu
rumah. jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama
untuk pecahkan pintu dan letih. Cara ini juga akan membuatkan si
penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.
Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga,
tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan
menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga
jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan
beralih pula pada mangsa yang lain.
Jadi, pesan admin, jika ingin sistem keselamatan rumah kita lebih
selamat, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah
dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan
oleh Mariana ini. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment