ANTARA wanita warga asing yang
ditahan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan elit di Jalan Loke Yew.
Kuala Lumpur: ‘Disko lalok’ jual air
dadah. Itu tarikan ditawarkan pusat hiburan elit di Jalan Loke Yew, di sini,
yang menjadi lubuk dadah kepada ribuan pengunjung premis itu.
Premis yang menjual dadah ganja,
syabu dan ketamin itu turut menyediakan 150 wanita pelayan pelanggan (GRO) bagi
menarik minat pelanggan lelaki berhibur.
Bagaimanapun, aktiviti hiburan dadah
itu dibongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyerbu premis itu awal pagi semalam.
Sumber polis berkata, serbuan jam
2.15 pagi itu turut membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi
Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan D7
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Katanya, polis menahan 150 wanita
warga asing berasal dari Kemboja, Mongolia, Thailand, Vietnam dan China.
“Pihak kami turut menahan dan
melakukan pemeriksaan terhadap 444 wanita dan 551 lelaki yang mengunjungi pusat
hiburan berkenaan.
“Ujian saringan air kencing
mendapati lapan wanita warga China dan 36 lelaki positif dadah jenis syabu,”
katanya.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap
lesen pusat hiburan berkenaan mendapati premis itu sah beroperasi sehingga Mei
depan.
“Polis turut merampas 12 botol
minuman berperisa disyaki mengandungi dadah, empat batang rokok ganja, satu
peket dadah serta 12 pil ecstasy serta dua peket ketamin.
“Semua wanita warga asing ditahan
kerana menyalah guna pas lawatan sosial, salah guna permit kerja dan tiada
dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Sumber berkata, dua lelaki yang
bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan atas kesalahan menggaji dan
melindung wanita warga asing.
“Semua suspek dibawa ke IPK Kuala
Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment