Hari ini, cakap-cakap tersebut ada
kebenarannya apabila sebentar sahaja lagi akan dibentangkan rombakan
Bajet 2016 atau bahasa yang lebih sedap untuk diperdengarkan kepada
rakyat Malaysia iaitu apa yang dipanggil pengubahsuaian Bajet 2016 akan
dibentangkan.
Apa yang akan diubahsuaikan adakah
belanjawan untuk Jabatan perdana Menteri akan dipotong? Atau adakah BR1M
akan dikurangkan jumlahnya ataupun dihapuskan terus?
Sebelum kita mendengar live Bajet 2016
yang akan diubahsuaikan sebentar lagi, seorang pakar ekonomi dari Credit
Suisse yang bernama Michael Wan (meliputi Malaysia, Singapore dan
Filipina) telah berkongsi kajian dan pandangan mengenai apa kemungkinan
dan yang akan terkandung dalam intipati pengubahsuaian Bajet 2016 kali ini. Antaranya ialah :
Pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia : Kajian Michael Wan, Credit Suisse?
- kerajaan akan kekalkan pelan mereka untuk sasar defisit fiskal pada 3.1 peratus
- tetapi, Michael Wan jangka ia akan jatuh 0.3 atau 0.4 peratus menjadi 3.4 peratus untuk defisit fiskal
- Harga minyak dunia pada tahun 2016 secara purata akan berada pada paras US$34 setong
- kerajaan bakal potong subsidi termausklah, umum kenaikan harga LPG kepada harga pasaran sebenar, kenaikan tarif elektrik
- Kerajaan dijangka akan bekukan sementara waktu sebarang kenaikan gaji untuk penjawat awam bagi tahun 2016
- Ini semua dilakukan lebih tertumpu bagaimana cara untuk mengurangkan beberapa aspek bagi operasi perbelanjaan kerajaan Malaysia
Bersama-sama ini, Berita Semasa
kongsikan live streaming pengubahsuaian Bajet 2016 revision yang bakal
disiarkan secara langsung kurang sehjam dari sekarang. Nantikan intipati
dari Datuk Seri Najib Razak.
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment