Wednesday 27 January 2016

Derma RM2.6 Bilion Najib Razak. Perdana menteri Bersih Dari Dakwaan Rasuah, Sogokan dan Kesalahan Jenayah.


Ya…Breaking News. Semua sedia maklum yang mana Suruhanjaya Anti Rasuah SPRM telah pun menghantar 2 laporan kepada Pejabat peguam Negara mengenai siasatan terhadap 1MB pada 31 Disember 2016.

Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa menerusi laporan berita Bloomberg Business yang mana setelah sekian lama menunggu akhirnya, akhirnya isu derma RM2.6 bilion Najib Razak diumumkan sebagai apa yang dikatakan sebagai “derma peribadi” oleh Keluarga Diraja Arab Saudi sepertimana didedahkan sendiri Peguam Negara, Tan Sri Afandi Ali.Peguam Negara, Tan Sri Afandi Ali telah berpuas hati dan mengesahkan dana yang dikatakan derma peribadi itu bukanlah satu bentuk rasuah atau sogokan dan sama sekali tiada bukti kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melibatkan isu derma RM2.6 bilion Najib Razak.

Dan Berita Semasa ingin simpulkan di sini kenyataan terbaru Peguam negara, Tan Sri Afandi Ali disebalik siasatan isu derma RM2.6 bilion ini :

Berita Terkini Isu Derma RM2.6 Bilion Najib Razak. Butirannya?

  • Najib Razak bersih daripada sebarang tuduhan rasuah
  • SRC International yang merupakan anak syarikat bagi 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan
  • Kesimpulan kes tutup.
Nampaknya ramalan dan jangkaan pemerhati di luar sana, rupa-rupanya benar sama sekali. Apa kata dan respon anda pula?

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: