Sunday, 13 March 2016

Baca Dan Lihat Kebodohan Sesetengah Manusia.....

Gambar Sekadar Hiasan.

BACA DAN LIHAT KEBODOHAN SESETENGAH MANUSIA..

... baru-baru ni ada terbaca kat berita

seorang ibu di denda RM200 dan penjara 5 hari kerana mencuri sepeket Milo di sebuah kedai... Ibu ini memberitahu mahkamah dia mencuri kerana kesempitan hidup dan anaknya teringinkan minum Milo....

1.      Kalau aku jadi tokey kedai tu.. aku akan tambah susu dan roti kepada ibu malang ini.. bukan membawanya kepada polis....
2.      Kalau aku polis tu.. aku akan berbincang dgn tokey kedai itu utk selesaikan kes tu secara mutual understanding tanpa perlu membuka kes utk di bawa ke Mahkamah
3.      Kalau aku Hakim tu... aku akan denda semua org yg di dalam Mahkamah utk membayar denda ibu itu kerana tidak boleh menjadi masyarakat yg bertolak ansur kepada org miskin dan susah
4.      Kalau aku owner Nestle utk jenama Milo tu.. aku akan ambik Ibu Malang nie bekerja dan supply MILO

Percuma seumur hidup kepada Ibu Malang ini.. supaya dia ada pendapatan dan tidak mencuri lagi akibat kelaparan..

Malangnya sistem dan masyarakat kita tidak boleh berkompromi dgn Ibu malang nie... kita boleh spin dan berkompromi dgn perompak paling besar di dunia.. tapi tidak boleh bertolak ansur kepada seorang pencuri Milo 1kg berharga RM19.90 dgn menghumbannya ke dalam penjara Kajang.. Malaysia bagaimanakah yg kita inginkan utk generasi kita??..

mak aku cakap sekarang manusia makin ramai yang cerdik.. bile dipikir2 kan mane yang cerdik nyer.

Ini lah sebab nya kita perlukan undang2 “HUDUD” undang2 mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.  Bukan nya undang-undang yang di tinggalkan oleh “PENJAJAH”.

No comments: