Sunday 26 March 2017

Inflasi naik: Pendapatan rendah paling terjejas

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

Rafizi Ramli

SHAH ALAM – Kadar inflasi yang mencecah 4.5 peratus bagi Februari 2017 akan membawa kesan paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, lebih-lebih lagi apabila kenaikan mendadak ini disebabkan tiga kumpulan perbelanjaan utama iaitu pengangkutan, makanan dan minuman tidak beralkohol dan perumahan (sewa, elektrik, air, gas dan lain-lain).

“Ketiga-tiga kumpulan perbelanjaan adalah perbelanjaan utama yang ditanggung oleh rakyat kebanyakan berpendapatan rendah dan merupakan majoriti perbelanjaan mereka.

“Semakin rendah pendapatan sesuatu keluarga, semakin tinggi peratusan dari tiga kumpulan perbelanjaan ini berbanding perbelanjaan keseluruhan kerana mereka tiada wang untuk berbelanja untuk perkara bukan keperluan.

“Oleh yang demikian, kenaikan harga barang yang telah mencecah kadar seolah-olah ekonomi negara sedang gawat membawa kesan yang paling buruk kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP), ukuran inflasi, meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari 2017 berbanding 114.5 pada bulan yang sama tahun lepas.

Ini diikuti dengan kenaikan sebanyak 4.3 peratus dalam indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 30.2 peratus kepada wajaran IHP.

Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan IHP ialah pengangkutan (+17.9 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.2 peratus).

Menurut Rafizi, kadar inflasi terbaru ini sangat membimbangkan kerana kadarnya tidak pernah mencecah 4.5 peratus di luar kegawatan sejak 1998.

“Maksudnya, hanya dalam keadaan kegawatan ekonomi yang selalunya banyak didorong faktor luar negara juga yang menyaksikan kenaikan harga mendadak (kerana ada ketidaktentuan ekonomi sedunia yang mempengaruhi ekonomi negara),” katanya.

Beliau mengambil contoh kadar inflasi 5.3 peratus pada 1998 dan 5.4 peratus pada 2008.

“Tahun 1998 ialah akibat kegawatan ekonomi Asia Timur yang menyaksikan banyak syarikat Malaysia jatuh muflis apabila nilai mata wang ringgit jatuh mendadak.

“Tahun 2008 pula menyaksikan kegawatan ekonomi sedunia akibat ranapnya pasaran kredit di Amerika Syarikat yang berjangkit ke pasaran kewangan lain. Ia bertembung pula dengan ketidaktentuan pasaran minyak mentah,” katanya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: