SHAH ALAM - Parti Amanah bersama Pakatan Harapan konsisten menolak
sekeras-kerasnya cukai yang membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan
rendah.
Ketua
Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, selepas dua tahun Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, rakyat sangat sengsara dan
tertekan dalam menghadapi kehidupan seharian yang 'dijerut' dengan cukai ini.
“Kami
menegaskan cukai yang zalim seperti ini tiada tempat dalam pemerintahan kami
kelak dengan syarat rakyat memberi mandat sepenuhnya kepada Pakatan Harapan
untuk mentadbir negara.
Katanya,
kesengsaraan rakyat ditambah lagi dengan pendapatan per kapita yang tidak
meningkat seiring dengan peningkatan kos kehidupan seharian.
“Secara
terang-terangan, seluruh rakyat telah ditipu 'hidup-hidup' oleh menteri yang
mendakwa cukai tersebut akan mengurangkan harga barangan perkhidmatan.
“Rakyat
terpaksa merelakan diri 'disembelih' oleh cukai ini. GST menyebabkan
perbelanjaan isi rumah semakin melambung tinggi, dalam masa yang sama peluang
pekerjaan menguncup dengan sangat ketara,” katanya.
Jelasnya,
bebanan kewangan telah menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar
dan akhirnya rakyat kehilangan kerja.
“Kerajaan
yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah
menikmati manfaat besar daripada cukai ini namun rakyat terpaksa menanggung
bebannya.
“Biarpun
cukai dikenakan, kerajaan dalam masa sama telah menghapuskan subsidi barangan
keperluan asas,” ujarnya.
Mohd
Sany mendakwa, hasil kutipan GST yang menggantikan cukai SST telah meningkat
kira-kira 42 peratus.
“Pada
tahun 2015, kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM27.012 bilion dan dianggarkan
kerajaan memperoleh RM38.5 bilion pada tahun 2016.
“Persoalannya,
di manakah wang tersebut dibelanjakan? Rakyat 'disogok' dengan bantuan BR1M dan
dalam masa sama kerajaan terus merompak rakyat dengan pelbagai cara,” katanya.
Tambahnya,
apa yang dihadapi rakyat ini seiring dengan kebimbangan yang disuarakan
pembangkang terhadap cukai ini sebelum ia dilaksanakan lagi.
"BN
juga dikatakan telah menggunakan kuasa mereka untuk melaksanakan cukai ini
biarpun majoriti rakyat sangat bimbang dan menolak cadangan tersebut,” katanya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment