Sunday, 19 March 2017

Igem 2017 dijangka tarik RM1.6b potensi niaga

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

PAMERAN dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia ke-8 (Igem 2017), pada 11 hingga 13 Oktober depan, dijangka menjana RM1.6 bilion potensi perniagaan.

Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Senator Datuk Seri SK Devamany berkata, kementerian optimis mencapai sasaran itu berdasarkan sambutan memberangsangkan sejak Igem bermula pada 2010.

"Edisi sulung Igem pada 2010 menjana lebih RM10 bilion urus niaga perniagaan dengan menarik lebih 330,000 pelawat dari 50 negara, termasuk perwakilan, orang kenamaan dan syarikat China, Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan negara anggota Asean," katanya dalam satu kenyataan.

Igem 2017 menumpukan bandar raya lestari, dengan menonjolkan inovasi lima sektor utama teknologi hijau merangkumi tenaga hijau, pengangkutan hijau, bangunan hijau, teknologi dan pengurusan sisa serta teknologi dan pengurusan air.

Persidangan anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bersama Malaysian Green Technology Corporation dan Malaysian Exhibition Services akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: