Tuesday 21 March 2017

RM100 juta untuk bantu pelajar miskin seluruh negara

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR 21 Mac - Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM100 juta untuk membantu lebih sejuta pelajar miskin dan miskin tegar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, peruntukan itu disediakan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Bagaimanapun, beliau tidak menghuraikan bentuk bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan kepada 1,061,381 pelajar miskin dan miskin tegar itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Besar) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai perkara lain, Kamalanathan berkata 1,216 buah sekolah di seluruh negara telah melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) setakat ini.

Menjawab soalan Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), beliau berkata, ia meliputi 587 sekolah rendah dan 629 sekolah menengah dan menambah kata program itu dilaksanakan berdasarkan pilihan ibu bapa dan kesediaan pihak sekolah. - BERNAMA

sumber : utusan.com.my

No comments: