JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan
mengumumkan 'hadiah istimewa' buat rakyat negeri ini.
Ia
sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor pada Khamis ini.
Sultan
Ibrahim bertitah, hadiah dimaksudkan merupakan satu skim perumahan mampu milik
untuk 'Bangsa Johor' di Bandar Dato' Onn, di sini.
"Saya
tidak mahu dedahkan terlalu banyak informasi sekarang.
"Rakyat
dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) ini
untuk majlis pelancaran projek yang menarik ini," titahnya dalam satu
kenyataan media, hari ini.
Ia
menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain
unit komersil.
"Saya
mahu Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah.
"Saya
mahu skim perumahan yang pertama seumpamanya ini benar-benar mampu dimiliki,
murah dan berkualiti tinggi.
"Bayangkan
memiliki sebuah 'bungalow' tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah
RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak.
"Akan
tetapi proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti. Pemohon yang berjaya
hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman
penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah," titahnya.
Baginda
Tuanku menjangkakan projek unik itu mampu membuat kejutan dalam industri
perumahan tempatan seterusnya memaksa pemaju swasta menurunkan harga
rumah.
"Kita
mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar
jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana," titahnya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment