Wednesday 22 March 2017

Raih pelaburan RM29.4b

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

Jebasingam bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) dalam mesyuarat, baru-baru ini.

TERENGGANU meraih RM29.4 bilion bagi pelaburan domestik dan asing sejak 2007 sehingga 2016, yang dijana oleh pertumbuhan pesat sektor pembuatan 51.3 peratus dan bioekonomi 22.6 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Ecerdc, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, transformasi sosioekonomi di Terengganu bakal dilonjakkan menerusi projek pembangunan berimpak tinggi yang akan dilaksanakan bagi menampung pertumbuhan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

"Ini menggalakkan lagi pelaburan swasta ke Terengganu dan membawa manfaat sosioekonomi kepada rakyat menerusi pewujudan peluang pekerjaan dan keusahawanan,” katanya.

Pembinaan KTCC kini sedang dijalankan dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini. 
Taman Biopolimer Kertih (KBP) turut menarik pelaburan RM6.8 bilion dan mewujudkan lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan.

Dua syarikat antarabangsa terkemuka, CJ CheilJedang dari Korea Selatan dan Arkema dari Perancis telah memulakan operasi di KBP dengan mengeluarkan asid amino L-methionine berasaskan bioteknologi hijau pertama di dunia.

Taman Industri Berat Kemaman (KHIP) juga menarik pelaburan berjumlah RM5.5 bilion daripada tiga pelabur utama iaitu Eastern Steel Sdn Bhd, Perwaja Steel Sdn Bhd dan Tosoh Corporation dari Jepun, sekali gus menyediakan hampir 7,000 peluang pekerjaan.

Pelaburan oleh syarikat Bumiputera turut menjadi penggerak penting kepada pertumbuhan sosioekonomi Terengganu, di mana 57 projek Bumiputera bernilai RM3.7 bilion telah menerima sama ada insentif cukai daripada Ecerdc dan geran daripada Teraju@Ecer.

Daripada jumlah ini, 41 projek Bumiputera di dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan bernilai RM736.4 juta, yang menerima manfaat daripada Dana Mudahcara Teraju@Ecer berjumlah RM101.2 juta.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: