KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mengesan Ibrahim Mat Zin atau dikenali
sebagai `Raja Bomoh'.
Perkara
tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Twitternya hari ini.
Terbaharu,
Asyraf mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan upacara dilakukan
Ibrahim yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing
khususnya Korea Utara.
Ini
kerana menurutnya, perbuatan menularkan ritual oleh lelaki berasal dari Teluk
Intan, Perak, itu secara tidak langsung mempromosikan individu itu.
Katanya, usaha mengesan Raja Bomoh dijalankan sejak beliau giat
menjalankan upacara 'memagar' negara ini daripada ancaman negara asing
khususnya Korea Utara.
Perbuatannya
itu dikatakan telah merosakkan imej agama Islam.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment