Saturday, 18 March 2017

Harga gula sepatutnya turun

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR - Harga runcit gula di negara ini sepatutnya dikurangkan dan tidak bertambah berdasarkan kepada pasaran global harga gula mentah.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, sebelum 2015, dua pengeluar gula tunggal Malaysia membeli gula mentah melalui kontrak kerajaan jangka panjang (LTC) untuk mengimport bekalan gula mentah.

“Bagi 2009-2011, harga gula mentah yang ditetapkan adalah US$17.50 100lbs, manakala bagi 2012-2014, harga bagi satu 100lbs adalah US$26.00.

“Sistem pembelian gula mentah LTC kemudiannya dimansuhkan dan pengeluar membeli bekalan gula mentah mereka secara langsung, berdasarkan pasaran global harga gula mentah,” katanya.

Menurutnya, antara Januari 2012 hingga Disember 2014, harga bekalan gula mentah pengeluar adalah US$26 setiap 100lbs.

“Mereka boleh menjual gula pada harga RM2.84 per kilogram dan tidak mempunyai masalah untuk mendapat keuntungan.

“Persoalan yang perlu ditanya ialah pasaran global harga gula mentah adalah lebih kurang US$18,16 per 100lbs, mengapa kerajaan BN melihat ia sesuai untuk meningkatkan lagi harga gula runcit kepada RM2.95 per kilogram?

“Malah selepas mengambil kira perbezaan dalam kadar pertukaran sepanjang tempoh masa, harga gula sepatutnya dikurangkan dan tidak bertambah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Justeru, beliau mempersoalkan rasionalnya kerajaan menaikkan harga gula, sedangkan harga gula mentah di pasaran dunia mengalami penurunan sejak dua tahun lalu.

“Kami menggesa kerajaan bukan sahaja menarik balik kenaikan harga baru-baru ini iaitu 11 sen untuk harga runcit gula, malah menurunkan lagi harga siling dari RM2.84 per kilogram untuk mencerminkan harga global yang jauh lebih rendah gula mentah lebih dua tahun lalu.  

“Ini perlu dilakukan dengan segera, tanpa apa-apa pampasan atau subsidi yang dibayar kepada pengeluar,” katanya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: