11street (www.11street.my)
menerusi kempen Shop The World menawarkan bonus membeli-belah dalam bentuk
baucar petrol bernilai RM1juta.
Naib
Presiden Komunikasi Pemasaran 11street, Wong Siew Lai berkata, ia ditawarkan
sejajar dengan peningkatan harga minyak semasa.
"Kami
menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100
bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen itu.
Kempen
Shop The World berlangsung 11 Mac hingga 18 April 2017 ini menyediakan pelbagai
tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.
Katanya,
kempen itu juga menawarkan jutaan produk jenama antarabangsa dari China, Jepun,
Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat.
Menurutnya,
ia dianjurkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahu pelbagai produk dan
jenama global terkenal bersama promosi serta tawaran menarik.
"Kini,
11street mempunyai hampir 10 juta produk, malah lebih separuh daripadanya
produk merentasi sempadan yang popular dan berjenama antarabangsa.
"Sebagai
salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia, kami mahu memberi peluang
kepada pelanggan membeli-belah di seluruh dunia," katanya.
Bagi
membolehkan perkara itu dicapai, 11street menjalin kerjasama dengan nama-nama
global terkenal.
Kempen
itu memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga pemain e-dagang global
terkemuka iaitu syarikat induknya, 11street Korea; UiTOX dari Taiwan dan
WorldFront dari Australia.
Kempen
itu turut menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk antarabangsa
dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma bagi
item terpilih.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment