SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta orang ramai serta pengusaha stesen minyak
bersabar mengenai penetapan harga siling petrol.
Ketua Komunikasi Korporat, Aktar Sahari menerusi khidmat pesanan
ringkas berkata, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.
"Tunggu pengumuman rasmi," katanya kepada Sinar
Online.
Terdahulu, KPDNKK menerusi menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin
berkata, harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April ini.
Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan
diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia
hanya dilakukan sebulan sekali.
Katanya, kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar
tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.
Sementara itu, mengulas perkara tersebut, persatuan Pengusaha
Stesen Minyak Malaysia (PDAM) masih menunggu jawapan akhir apakah mekanisme
yang akan digunakan oleh pengusaha dalam penetapan harga siling minyak petrol.
Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, sehingga
kini, pihaknya belum mendapat jawapan muktamad berhubung perkara tersebut.
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pula
berkata, pengenalan harga siling mingguan bagi minyak petrol dan diesel akan
memberikan pengguna trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga
siling bulanan yang dilaksanakan ketika ini.
Melalui cara ini, ia mudah untuk pantau naik turun harga minyak
mentah ini.
Selain itu, tujuan pengumuman ini juga adalah
supaya harganya tidak dapat naik secara mendadak, jika tunggu sebulan mungkin
boleh naik sehingga 20 hingga 25 sen jadi susah untuk kawal harga.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment