Sunday 12 March 2017

"Pancing" duit ketika Subuh

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 013-9116 568 (abgdin)

Suspek yang diberkas orang ramai selepas dicekup mencuri duit dalam tabung masjid berkenaan.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki menemui padah apabila dicekup ketika leka memecah tabung di Masjid Abu Bakar as Siddiq, SS19, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, kelibat suspek disedari jemaah yang kebetulan berada di masjid sebelum ia dilaporkan kepada jawatankuasa rumah ibadah berkenaan.

Sumber berkata, ketika dicekup, tangan suspek berada dalam tabung berkenaan disyaki mencuri duit sumbangan orang ramai yang tersimpan di dalamnya.

“Suspek cuba untuk melarikan diri apabila menyedari kehadiran jemaah namun berjaya diberkas orang ramai di kawasan itu.

“Ketika diberkas, suspek bergelut dan mengalami kecederaan di bahagian muka, mata, hidung dan mulut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, suspek diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi beberapa minit selepas dihubungi.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan korek dan gam di tabung dan polis menemui wang tunai RM18 dalam poket seluar dipakai suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek berusia 36 tahun itu dipercayai menggunakan dawai kecil dan gam sebagai pelekat untuk memancing wang dalam tabung.

“Hasil laporan, polis mendapat maklumat tiga lelaki dipercayai rakan suspek yang sama-sama melakukan jenayah itu melarikan diri ketika kejadian.

“Suspek yang diberkas orang ramai dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: