Friday 17 March 2017

Wanita ‘Bad Mood’ Tabur Duit Atas Jalan Raya

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

WARGA China sememangnya terkenal dengan tabiat dan perlakuan pelik sama ada di negara sendiri ataupun berkunjung ke negara asing.
Ada-ada sahaja cerita pelik yang ditimbulkan oleh warga Tanah Besar Asia Timur itu dan tidak lekang menghiasi paparan laman sesawang di seluruh dunia.
Terbaharu, menerusi media tempatan negara itu, seorang wanita di Chongqing menggemparkan warganya apabila bertindak menabur duit di sebatang jalan di bandar tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lepas, wanita terbabit dilihat mengeluarkan wang banyak tebal sebelum menaburnya di atas jalan yang sibuk.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di jalan tersebut, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dengan selamba menabur wang-wang tersebut dari beg tangannya.
Dia berbuat demikian ketika sedang melintasi jalan terbabit sehingga membuatkan orang lalu-lalang tergamam dengan perlakuan peliknya itu.
Pihak polis dihubungi ke tempat kejadian dan bantu memungut not-not wang kertas yang bertaburan dianggarkan berjumlah 16,369 yuan (RM10,259) kemudian menjejaki wanita tersebut untuk memulangkan wangnya.
Menurut wanita itu kepada pihak polis, dia sengaja berbuat demikian kerana berada dalam keadaan emosi terganggu atau bad mood. – MYNEWSHUB.CC

No comments: