Jamal Md Yunos. - Foto Sinar Harian
oleh SHARIFUDDIN ABD RAHIM
KUALA
LUMPUR - Beberapa lama menyepi, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri
Jamal Md Yunos hari ini berkata, beliau akan membuat pendedahan terbaharu
berkaitan skandal RM30 bilion membabitkan kerajaan Negeri Selangor dalam masa
terdekat.
Jamal
yang ditemui di ibu negara mendakwa, kerajaan Selangor kini semakin rancak
mengumpul dana sebanyak itu melalui 'jalan salah' bagi kegunaan pada PRU14
nanti.
Mengulas lanjut, Ketua Umno Sungai Besar itu berkata, pendedahan yang
akan dibuatnya ini bagi memastikan duit kerajaan Selangor tidak disalahgunakan
bagi tujuan peribadi dan tidak baik.
"Rakyat
Selangor perlu tahu mengenai perkara ini," katanya lagi.
Mendakwa
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetahui mengenai dana
tersebut, Jamal berkata, beliau akan menyerahkan bukti berhubung skandal RM30
bilion kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Azmin
tahu pasal RM30 bilion... saya belum hantar lagi, tetapi saya berharap agar
siasatan segera dilakukan selepas pendedahan saya," katanya.
Terdahulu,
Jamal menerima watikah Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
Majlis
penyerahan watikah pelantikan itu, disempurnakan Yang DiPertua kelab berkenaan,
Datuk Mohd Ali Shamsuddin di Rumah kelab itu di Jalan Kelantan, di sini.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment