Thursday 16 March 2017

Honda terima 2,000 tempahan dalam 10 hari

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

HONDA Malaysia mencapai sasaran tempahan bulanan 2,000 unit bagi Honda City baharunya hanya dalam tempoh 10 hari selepas pelancaran rasmi pada 2 Mac lalu.

Honda City baharu itu, merupakan model kedua dilancarkan Honda Malaysia pada tahun ini, sekali gus ke arah mencapai sasaran jualan keseluruhan 100,000 unit bagi tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Katsuko Hayashi berkata, Honda Malaysia ingin memastikan bahawa pihaknya akan bekerja keras untuk memastikan pelanggan menerima tempahan dalam masa yang dijanjikan.

"Kami akan terus menunaikan janji untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan ciri-ciri nilai yang besar kepada pelanggan.

"Pada masa yang sama, kami juga sedang mengkaji semula pengeluaran kilang kami di Melaka untuk memenuhi penghantaran masa," katanya.

Dalam pada itu, Honda Malaysia kini sedang menjalankan kempen Best Time to Get Best Protection bagi menghargai pelanggannya.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: