Thursday 16 March 2017

11 pegawai, anggota imigresen ditangkap rasuah direman 7 hari

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

SERAMAI 11 pegawai dan anggota imigresen yang berpakaian lokap menutup muka selepas diperintahkan direman 7 hari untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan menerima rasuah melindungi PATI di Mahkamah Khas Rasuah di Kuching, hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD. GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 16 Mac - Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini, membenarkan 11 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja secara haram di negeri ini.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan terhadap kesemua suspek.

Sebelum itu, kesemua suspek berusia antara 33 hingga 55 tahun tiba di mahkamah memakai pakaian lokap, kira-kira pukul 9 pagi.

Semalam, kesemua suspek ditahan di empat lokasi berasingan iaitu Ibu Pejabat Imigresen Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Pejabat Imigresen Pending di sini, serta Pusat Tahanan Pejabat Imigresen Pending di sini, serta Pusat Tahanan Depot Semuja, Serian.

Mereka ditahan selepas dipercayai menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM5,000 bagi melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang sah.

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM10,000 daripada salah seorang suspek yang ditahan. - UTUSAN ONLINE

No comments: