Tuesday, 21 March 2017

Ustazah sembunyi duit cikgu RM3,200

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR - Seorang ustazah di sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang milik guru wanita yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

Nooraini Dzkeria, 51, didakwa dengan curangnya mengalih atau menyembunyikan wang berjumlah RM3,200 milik Nor Akmar Shah, 51, ke dalam akaun Maybank miliknya, yang tertuduh mengetahui wang itu bukan miliknya.

Wanita itu yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Buloh, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah di Ampang, pada 1.17 tengah hari, 22 Februari 2016.

Nooraini yang juga guru kaunseling didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis.

Tertuduh yang diwakili peguam Dony Abdullah memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan wanita itu mempunyai dua anak dan telah ditahan reman selama 12 hari selain memberi kerjasama baik kepada pihak polis.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap sebulan, sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 6 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu di galeri awam, wanita itu yang hadir bersama suami dan anak lelakinya, kelihatan menangis sebelum ditenangkan suaminya. - Bernama

sumber : sinarharian.com.my

No comments: