Friday, 24 March 2017

Insurans 6.5 juta pekerja swasta

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS 018-9161 554 (abgdin)

NAJIB TUN RAZAK diiringi Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda (dua dari kiri) ketika melancarkan CuepacsCare4U, Kempen Mentakafulkan Warga Penjawat Awam di Dewan Perdana, Menara MITI, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN
PUTRAJAYA 23 Mac - Kerajaan bersetuju melak­sanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejajar dengan itu, satu undang-undang baharu sedang digubal dan akan dibentangkan dalam sidang Parlimen, Jun ini.
Menurut Najib, undang-undang tersebut dijangka dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018 manakala bayaran faedah dibuat mulai 1 Januari 2019.
“Pelaksanaan SIP akan dibiayai melalui caruman daripada pekerja dan majikan. Dana SIP akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso).
“Kerajaan percaya inisiatif pelaksanaan SIP ini merupakan satu dasar jangka panjang yang akan memberi impak positif khususnya kepada golongan pekerja dan majikan.
“Pengalaman negara lain juga menunjukkan SIP bertindak sebagai penstabil ekonomi dan membantu mengekalkan aktiviti ekonomi secara mampan khususnya semasa kegawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
SIP adalah jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja yang kehila­ngan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.
Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pekerja akan mendapat bantuan saraan sementara dan mencari pekerjaan baharu melalui program perkhidmatan meliputi bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.
Selain itu, jelas Perdana Menteri, pekerja yang kehilangan pekerjaan juga akan diberikan latihan semula atau peningkatan kemahiran bagi mempertingkatkan kebolehkerjaan mereka.
“SIP akan menambah baik kecekapan pasaran buruh melalui pemadanan penawaran dan permintaan yang lebih efisien.
“SIP juga akan meningkatkan produktiviti dan daya saing industri,” ujarnya.
sumber : utusan.com.my

No comments: