Wednesday, 29 March 2017

Yang miskin tiada tempat di P. Pinang?

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

SEBAHAGIAN peniaga kecil berkumpul bagi membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menutup pasar Jalan Kuala Kangsar dan memindahkan kumpulan peniaga tersebut ke Pasar Chowrasta di Georgetown, Pulau Pinang pada 16 Mac lalu. UTUSAN

ADA benarnya dakwaan golongan miskin bandar di Pulau Pinang semakin bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jika tidak ketara ketika ini sekali pun, lambat-laun negeri ini khususnya di bahagian pulau hanya akan didiami golongan kaya semata-mata.

Semuanya berbalik kepada dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat seolah-olah hanya mahu memenuhi selera dan cita rasa golongan berkenaan semata-mata.

Lihat sahaja projek pembangunan yang dirancang dan sedang dibangunkan yang semuanya boleh dikategorikan sebagai mewah dan elit. Antaranya projek pembangunan di atas tanah yang ditambak di Persiaran Gurney.

Pada suatu ketika, projek tambakan laut itu diuar-uarkan kononnya bertujuan menyelesaikan masalah hakisan laut. Tetapi apa yang lebih jelas kelihatan ketika ini adalah projek tambakan laut itu bakal mewujudkan sebuah kawasan bertaraf elit. Kawasan yang ditambak itu khabarnya akan dibina dengan pelbagai jenis kondominium, pusat kepakaran perubatan dan perniagaan penjagaan kesihatan, hotel serta taman tema dengan kos berbilion-bilion ringgit.

Malangnya, projek-projek berkelas tinggi oleh pemaju ini tidak begitu dicanang oleh kerajaan negeri. Ini menyebabkan majoriti penduduk kelas sederhana di negeri ini dengan penuh harapan menyangkakan mereka juga akan mendapat tempat dalam pembangunan tersebut. Hakikatnya, apabila projek itu siap kelak, ia tidak ubah seperti sebuah kawasan rekreasi khusus untuk golongan elit berkonsepkan bandar pelabuhan.

Perkara sama juga dijangka berlaku dalam satu lagi projek tambak laut yang sedang giat dilaksanakan berhadapan Pulau Jerejak, Bayan Baru ketika ini. Melihat kepada pelan pembangunannya, golongan kelas sederhana hampir tiada ruang untuk menempatkan diri dalam pelaksanaan projek itu apatah lagi golongan miskin. Sedangkan rata-rata penduduk di kawasan itu ialah golongan kelas sederhana sekali gus mencetuskan persoalan untuk siapa sebenarnya pembangunan berkelas tinggi tersebut?

Soal peminggiran penduduk miskin di bahagian pulau juga dapat dilihat dengan ketara menerusi unit rumah mampu milik yang rata-ratanya ditawarkan mencecah atau melebihi harga RM400,000. Harga ini di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan yang rata-rata­nya ialah golongan sederhana dan akhirnya dijual kepada golongan kaya dari luar negeri ini untuk pelaburan.

Peminggiran golongan miskin juga dapat dilihat apabila banyak unit rumah kedai yang diusahakan dengan pelbagai jenis perniagaan secara turun-temurun di pusat bandar dijual kepada syarikat asing.

Di Georgetown ketika ini, adalah pemandangan biasa untuk melihat kedai-kedai yang dulu diusahakan secara tradisional berubah wajah kepada berkonsepkan butik atau kedai moden.

Akibatnya, ramai pengusaha tradisional itu tidak lagi mampu bertahan ditekan dengan harga sewa yang berlipat kali ganda dan terpaksa menutup operasi.

Ini adalah sebahagian realiti yang sedang berlaku di Pulau Pinang ketika ini dan apa yang membimbangkan penduduk, kerajaan negeri seolah-olah menutup mata meskipun mereka saban hari semakin terpinggir dengan pembangunan yang di luar kemampuan mereka.

sumber : utusan.com.my

No comments: