Faiz Fadzil
SHAH
ALAM - Pemuda Amanah menggesa kerajaan untuk menghapuskan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) serta mengembalikan semula subsidi minyak sebagai langkah
membantu rakyat dalam menghadapi kadar inflasi negara yang begitu
membimbangkan.
Timbalan
Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, anak muda dan golongan B40 adalah golongan yang
paling terkesan dengan peningkatan inflasi ini.
“GST
merupakan faktor premier kenaikan harga barang secara mendadak. Kutipan GST
yang dianggarkan sebanyak RM38 bilion bagi tahun 2016 menunjukkan betapa
tingginya perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan rakyat,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Katanya, angka tersebut sudah pasti menyumbang secara langsung kepada
peningkatan inflasi.
“Kadar
inflasi 4.5 peratus bagi bulan Februari 2017 amat membimbangkan. Kadar ini
adalah tertinggi sejak tahun 2008 dan dijangka akan berterusan untuk tahun ini.
“Pakar-pakar
ekonomi melaporkan, ini merupakan kesan daripada kenaikan harga minyak, bahan
makanan, dan kos pengangkutan. Inilah juga adalah indikasi kehidupan rakyat
yang akan semakin susah dan tertekan akibat kenaikan harga barang dan kos sara
hidup,” ujarnya.
Tambahnya,
dengan peningkatan inflasi yang berterusan juga adalah indikator
ketidakstabilan ekonomi negara yang boleh membawa kepada krisis ekonomi.
“Keadaan
ekonomi negara yang tidak stabil dikaitkan dengan kejatuhan nilai ringgit
akibat pelabur hilang percaya berikutan skandal penyelewengan.
“Pemuda
Amanah melihat peningkatan inflasi sebagai satu krisis yang perlu diatasi
segera.
“Belanjawan
tambahan RM3 bilion perlu disalurkan kepada subsidi minyak dan bukannya kepada
projek-projek pembaziran agar harga minyak dapat diturunkan dan sekaligus dapat
membantu meringankan perbelanjaan poket rakyat.
“Ini
kerana minyak adalah komoditi asas bagi rakyat yang nilainya mempunyai kesan
'domino'.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kadar inflasi yang
mencecah 4.5 peratus bagi Februari 2017 akan membawa kesan paling buruk kepada
golongan berpendapatan rendah.
Lebih-lebih
lagi apabila kenaikan mendadak ini disebabkan tiga kumpulan perbelanjaan utama
iaitu pengangkutan, makanan dan minuman tidak beralkohol dan perumahan (sewa,
elektrik, air, gas dan lain-lain).
“Ketiga-tiga
kumpulan perbelanjaan adalah perbelanjaan utama yang ditanggung oleh rakyat
kebanyakan berpendapatan rendah dan merupakan majoriti perbelanjaan mereka.
“Semakin
rendah pendapatan sesuatu keluarga, semakin tinggi peratusan dari tiga kumpulan
perbelanjaan ini berbanding perbelanjaan keseluruhan kerana mereka tiada wang
untuk berbelanja untuk perkara bukan keperluan,” katanya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment