Wednesday 29 March 2017

Anggaran perbelanjaan PRU14 RM450 juta

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI/SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR - Anggaran kos perbelanjaan PRU14 dijangka mencecah RM450 juta bergantung kepada tahun pilihan raya itu diadakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, angka itu juga boleh berubah sekiranya PRU14 berlangsung tahun ini atau 2018.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat, hari ini.

Rang Undang-undang Perbekalan telah memperuntukkan RM62.7 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada RM3.08 bilion daripada yang diperuntukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan.

“Meskipun diperuntukkan RM62.7 juta, SPR hanya menggunakan RM10 juta,” kata Razali.

Beliau berkata, peruntukan awal untuk SPR adalah RM75.6 juta dan daripada jumlah itu, RM50 juta telah dikembalikan kepada Kementerian Kewangan.

“Dana tambahan tidak dibelanjakan,” katanya.

Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) kemudian mencelah dan mempersoalkan mengapa lebihan itu tidak direkodkan.

Razali bagaimanapun berkata, perkara ini adalah sebahagian daripada pemantauan prosedur.

Untuk rekod, perbelanjaan bagi PRU13 yang lalu telah menggunakan kos sebanyak RM460 juta.

sumber : sinarharian.com.my

No comments: