Kuala Lumpur: SME Bank semalam menandatangani perjanjian Jaminan
Portfolio (PG) dengan Credit Guarantee Corporation MalaysiaBhd (CGC)
bagi menawarkan pembiayaan RM30 juta kepada perusahaan kecil dan
sederhana (PKS).
Di bawah skim pembiayaan itu, portfolio awal akan memanfaatkan kira-kira 200 PKS dalam tempoh setahun akan datang menerusi pembiayaan berjumlah RM100,000 hingga RM500,000.
Kemudahan pembiayaan itu yang bertujuan membantu PKS menyediakan modal kerja yang diperlukan untuk menguruskan aliran tunai perniagaan dan pengembangan perniagaan, dikenakan kadar faedah tetap antara lima dan tujuh peratus setahun.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata, skim PG yang pernah memenangi anugerah sejak dilancar pada 2009 itu, terbukti berkesan dalam menangani keperluan pembiayaan PKS selain memperluas jangkauan CGC terhadap PKS.
“Di bawah kebenaran PG untuk pembiayaan, kriteria kelayakan diutamakan, sekali gus memudahkan pengurusan kualiti aset portfolio dan proses yang ditentukan lebih awal itu juga dapat menurunkan kos pembiayaan peminjam kerana kos transaksi PG adalah rendah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Pada masa ini sistem PG CGC menetapkan kebenaran diberi dalam tempoh tiga hari bekerja bagi mempercepat proses kelulusan dan pengagihan oleh bank.
Sementara itu, Pengarah Urusan SME Bank Group, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, kerjasama dengan CGC akan membolehkan SME Bank mempertingkat pengurusan risiko kreditnya menerusi perkongsian risiko, selain memperoleh pandangan menyeluruh mengenai keupayaan pelanggan membayar balik pembiayaan. - BERNAMA
sumber : http://www.hmetro.com.my/

No comments:
Post a Comment