Sunday 1 June 2014

Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia? Setuju?

Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di Malaysia : Meleleh air mati seketika dek kerana membaca kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…

Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :

Laporan BNM 2013 : Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?

  1. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
  2. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
  3. rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
  4. Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?
Lagi maklumat yang tersenarai dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013
  • Kenaikan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia bakal menyebabkan kenaikan kos sara hidup jika berlakunya aspek permintaan melebihi penawaran
  • Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyarankan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat
Berita Semasa fikirkan pada mulanya rakyat Malaysia berpendapatan tiggi itu adalah sekitar RM10,000, RM15,000 ke atas yang bagi kami masih dianggap munasabah. RM5,000 berpendapatan tinggi? Orang kaya rupanya yang berpendapatan dan mempunyai gaji RM5,000. Erm…..
“Pendapatan RM5,000 mampu beli Semi D di Kuala Lumpur?”
Gaji Rakyat Malaysia 2014
Inilah apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata antara realiti ataupun fatamorgana semata. Mereka ini terlalu jauh jurangnya dengan rakyat marhaen yang sedang sesak bergelumang dengan gelombang kenaikan kos sara hidup di Malaysia ketika ini sehinggakan mereka tidak sedar adakah logik dengan pendapatan Rm5,000 mampu hidup dengan selesa di bandar? Pernahkah mereka bertanya kepada diri mereka sendiri? Pernah?

Baik, jikalau anda terfikir sama dengan Berita Semasa bagaimana buku Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan sandaran tetapi akhirnya dilihat tempang apabila dibuat perbandingan seperti di bawah ini :
  • berdasarkan kajian RM5000 = dianggap pendapatan tinggi
  • berdasarkan LHDN RM2500 = dilihat cukup tinggi untuk buka fail?

Zaman Bas Mini VS Zaman Sekarang : Gaji RM5,000 Sebulan Pendapatan Tinggi?

Realitinya sekarang ini, taraf hidup makin tinggi dan terus meningkat tanpa menoleh kebelakang lagi malangnya gaji ditakuk lama. Bagi Berita Semasa sangat tidak logik pada hari ini untuk mengatakan rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan RM5,000 dianggap tinggi. Angka tersebut hanya sesuai digunapakai ketika Malaysia diera “bas mini”. Bukannya sekarang.
Pendapatan Rakyat Malaysia 2014
RM5000 berpendapatan tinggi? Tinggal di bandar?
  1. dengan nursery anak-anak
  2. dengan kos parking + minyak ke pejabat
  3. dengan harga rumah melampau + sewa tinggi
  4. dengan harga makanan membebankan

Gaji RM5,000 Sebulan Pendapatan Tinggi : Contoh Perkiraan Kasar Berita Semasa

Berita Semasa sempat membuat perkiraan di bawah ini :
Gaji = RM5,000 sebulan
Perbelanjaan bujang (A);
  • 1. epf & income tax (10% anggap sahaja) = 500
  • 2. duit belanja dapur = 300 (anggap makan sehari RM10)
  • 3. duduk umah sewa = RM500 (anggap sewa sahaja dahulu, jikalau anda beli rumah biasanya antara RM1,000 dan ke atas contohnya)
  • 4. bayar kereta = RM500 (kereta viva contohnya)
  • 5. bayar bil telefon = RM100 (bersekali dengan internet)
  • 6. duit minyak kereta = RM300 (anggap sehari RM10)
  • 7. bagi duit kepada mak ayah = RM300 contohnya
  • 8. bayar ptptn (gaji RM5,000 mesti ada ijazah sekurang-kurangnya. Betul?) = RM400
total (A) = RM2900
untuk yang bujang, perbelanjaan diri sendiri (belum campur lain-lain lagi termasuk simpanan dan persiapan untuk berumah tangga) adalah seperti di atas…
adalah tinggal = RM5000 – RM2900 = RM2,100 – …. – …. = tinggal berapa akhirnya?
Perbelanjaan untuk yang berkeluarga (B);
  • 9. pengasuh anak = rm300
  • 10. pampers + susu = rm200
total (B) = RM500 untuk seorang anak
duit yang ada = RM5,000 – RM2,900 - RM500 = RM1,600
belum lagi dengan perubatan dan lain-lain lagi perbelanjaan. Hmm…mewah kot?? Mungkin seperti “orang kuat” BNM cakap. Hebat…..Realiti?
Pendapatan Perkapita Malaysia 2014
P/S : Gaji RM5,000 (kaya). Apabila sudah tolak EPF Tax Socco tinggal RM4,000 (kedana) tolak lagi …….. tolak …… dan tolak ………. tinggal……? Apa respon balas anda pula?

PP/S : Saranan Berita Semasa, agar kajian semula dilakukan. RM5,000 nampak sahaja besar tetapi realitinya “nilainya” hari ini? Jatuhhhhh……

PP/S : BNM hanya akan memutuskan sebarang perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai 2014? Samada kadar faedah pinjaman anda akan terus kekal atau bakal naik? Ehem….

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

2 comments:

Unknown said...

Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan.
Saya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih banyak lagi.

Tiada permainan, perniagaan sahaja
Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain
Kadar faedah pinjaman: 2%
Kawasan pinjaman: di seluruh dunia
Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun
Tiada penalti prabayar

Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com

SUSAN GARCIA said...

Ia luar biasa apabila saya fikir semuanya telah selesai dengan saya, nama saya susan garcia, dari phillipine, Mrs. Karina Rolanda datang untuk menyelamatkan saya hidup saya. Saya sangat terhutang budi kepada orang-orang yang saya meminjam dari geng memerangi saya dan kemudian menangkap saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan masa tangguh diberikan kepada saya apabila saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan membuat wang untuk membayar semua hutang yang saya terima jadi saya diberitahu bahawa ada pemberi pinjaman sah secara online jadi saya harus mencari melalui blog yang saya ditipu sebelum tetapi apabila saya menemui SYARIKAT KARINA ROLAND LOAN, Tuhan mengarahkan saya untuk iklannya di blog kerana tarikan saya untuk itu benar-benar satu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu saya memohon dengan penuh semangat selepas beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga dan dalam masa 24 jam saya telah dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi ketika saya bercakap dengan anda sekarang saya boleh jelaskan semua hutang saya dan sekarang saya mempunyai supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya makan atau mengambil pembiayaan, apa jua keputusan saya tidak mempunyai urusan dengan Polis, saya kini wanita yang bebas. Anda ingin mengalami kemerdekaan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu menerusi e-mel syarikat: (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp +15857083478 Anda tidak boleh membahaskan fakta bahawa dalam kesulitan dunia ini anda memerlukan seseorang untuk membantu anda mengatasi kewangan perolehan dalam hidup dalam satu cara atau lain, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Karina Roland di alamat di atas supaya anda dapat mengatasi kemelesetan kewangan dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya melalui e-mel berikut: (garciasusan113@gmail.com)) Sentiasa menjadi positif dengan Puan KARINA ROLAND dia akan melihat anda melalui semua cabaran kewangan anda dan kemudian memberikan anda pandangan kewangan dan kebebasan baru untuk mengatasi semua kebimbangan anda.