SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas
“Haram” di China : Indahnya hidup di Malaysia. Apabila dihalau dan
dipulaukan di negara sendiri dek kerana bisnes haram yang dijalankannya
di China akhirnya mahu mendabik dada dan mencanang di seluruh Malaysia
bahawa beliau bakal menjadi orang terkaya di dunia. Hebat….hebat….
Hari ini terpampang jelas wajah lelaki muda di billboard saiz gergasi tertera “orang terkaya di dunia” ada di merata tempat termasuklah di sekitar Jambatan Pulau Pinang dan Kulai, Johor. Pada asalnya Syarikat Yun Shu Mao yang
menjalankan perniagaan kini di Malaysia adalah syarikat yang telah
diharamkan di Negeri China berdasarkan cara perniagaan mereka
berdasarkan prinsip “Money Game”. Apa modus operandi mereka?
Modus Operandi SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu?
- Individu di Billboard (Zhang Jian) tersebut adalah seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan
- Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dan www.cdtup.com
- Tiada sebarang produk atau nama syarikat yang diperkenalkan di situ
- Bagaimana mungkin “member fees” yang perlu dimasukkan ke dalam satu akaun bank persendirian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?
- Syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang dikatakan betapa besar dan kukuh ini tidak ada Akaun Syarikat?
- YSLM2U ini pun website pun dilihat seperti “hidup segan mati tidak mahu“
- Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara termudah tanpa perlu bekerja dan hanya ‘bergoyang kaki’ selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan
- Untuk menyertai bisnes YSLM Malaysia ini, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot.
- Setiap peserta YSLM kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline)
- Setiap lot yang bermula dengan RM300 setahun didakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM1,800 setahun manakala bagi lot bernilai RM4,800 setahun akan memberi pulangan berjumlah RM54,000 setahun
- Di laman web YSLM HK itu menceritakan bahawa YSLM merupakan syarikat yang berpusat di China dan mengeluarkan lebih 3,000 produk yang tidak disenaraikan.
Satu kemungkinan yang paling sesuai
untuk menerangkan fenomena ini adalah syarikat boleh berundur diri
secara bila-bila masa tanpa bimbang tentang duitnya dalam bank dibekukan
oleh Bank Negara dan Kerajaan Malaysia. Pada masa itu , malah sekalian
pelaburan rakan-rakan!
Nampaknya Malaysia tidak pernah putus-putus untuk terus menjadi lubuk MLM dengan harapan lebih ramai lagi rakyat Malaysia “terus tumbang” dengan peluang dan jalan mudah kononnya boleh kaya dengan pantas. Berita Semasa perhatikan realiti hari
ini dalam keadaan gaji rakyat Malaysia yang tidak meningkat dan dalam
pada masa yang sama mereka terus bergelumang dengan kos sara hidup yang
tinggi di Malaysia, bisnes MLM
dan skim piramid terus tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tetapi
malangnya tiada tindakan yang dikenakan, mereka terus mencari mangsa dan
pada masa yang sama ramai sebenarnya orang kita yang mahu cepat kaya
dengan cara mudah. Hakikatnya……?
- Duit MLM/pramid ini sebenarnya datang daripada downline juga
- Downline join/invest, itulah dia keuntungan yang upline dapat.
- mereka ini akan sentiasa sasarkan kakitangan kerajaan disebabkan kemudahan untuk membuat pinjaman
Gambar Operasi Syarikat CDTUP (YSLM Malaysia)
Berita Semasa harapkan tiada yang
terpedaya dengan janji manis mereka ini. Berita Semasa yakin pembaca
Berita Semasa bijak-bijak belaka. Pemilik YSLM ini hanya berangan untuk
menjadi orang no 1 kaya ini dunia sehingga dikatakan mampu mengalahkan
kalahkan Carlos Slim Helu, Warren Buffet, Bill Gates. Produk apa yang
mereka (YSLM2u) jual yang satu dunia gunakan sampai boleh jadi no 1
dunia?
P/S : Lelaki bernama Zhang Jian hanya akan berjaya menjadi kaya-raya dengan sokongan rakyat Malaysia yang “bercita-cita tinggi” untuk menjadi kaya.
PP/S : Harapan Berita Semasa, Bank
Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), PDRM & LHDN sila
siasatan, jangan hanya bertindak ketika keadaan menjadi semakin parah.
PPP/S : Skim YSLM Malaysia ini adalah
skim pyramid!! Jikalau di luar negara sudah lama kena tangkap!!
Bagaimana pula di Malaysia?
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment