Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel
Petrol) 1 September 2014 : Semua sedia maklum, rakyat Malaysia akan
disajikan dengan mekanisme baru dalam pengagihan subsidi petrol dan
diesel bermula September 2014. Sebenarnya bayangan corak sistem subsidi
petrol dan diesel yang ingin digunapakai kelak pernah Berita Semasa
keluarkan dahulu (DI SINI) pada 5 bulan lepas iaitu awal tahun 2014 ini. Dan akhirnya butirannya terlepas lebih awal daripada dijangka….
- Yang mana kerajaan Malaysia merancang untuk mengemaskinikan fungsi MYKAD sedia ada yang akan mengandungi maklumat pendapatan anda semua @
- Satu cara lain anda semua boleh juga memohon kad subsidi minyak dari JPJ yang mana butiran seperti maklumat cukai peribadi atau korporat di dalam kad subsidi tersebut.
- Kad subsidi akan mengandungi mengandungi maklumat seperti nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
- Ia perlu dilalukan di stesen minyak sebelum mengisi minyak yang diperlukan
- Jika pemandu telah melebihi had bahan api yang dibenarkan bagi bulan itu, pemandu tersebut boleh membeli (tambahan) bahan api pada harga pasaran. Sudah bersedia?
Butiran Sistem Baru Subsidi Minyak : Jual Petrol Diesel 1 September 2014
- Kapasiti enjin Kereta < 2.0 Liter + Gaji <RM5000 Sebulan = Layak Dapat Penuh Subsidi Minyak
- Gaji RM5000 – RM10000 Sebulan = Layak Dapat Subsidi Minyak 300 Liter Sebulan
- Gaji > RM10000 sebulan = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
- Kereta Plat Asing = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
- Anda tergolong di kategori yang mana satu?
Akhirnya berdasarkan mekanisme seperti di atas ini, kerajaan dapat penjimatan yang tinggi sejumlah RM9.8 bilion. Apa respon balas anda dengan Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 kali ini? Bersetuju atau tidak? Mengapa?
- Pemilik kereta persendirian : Bermula September 2014
- Pemilik kenderaan komersil : Oktober & November 2014
sumber dipetik : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment