BERITA dua pembantu rumah aktres popular, Fasha Sandha dijatuhkan
hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya,
Selangor pada 30 Mei lalu mengejutkan banyak pihak. Mengikut pertuduhan, dua pembantu rumah warga Indonesia, Nilawati,
39, dan Sri Maniami, 35, didakwa mencuri mata wang rupiah dan wang
Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, yang
merupakan suami Fasha di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya
pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, kedua-dua mereka merayu supaya hukuman diringankan kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung. Fasha yang dihubungi Kosmo! menjelaskan, dia dan suaminya, Rizal atau Jejai telah kerugian sebanyak RM20,000, namun ketika tangkapan selepas tujuh jam mereka melarikan diri dari rumah dilakukan, polis hanya menemui RM200 serta tiga telefon bimbit pada pembantu rumah tersebut.
Meskipun begitu, pelakon yang sedang sarat hamil anak kedua itu tidak serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah lagi selepas ini. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha. Kosmo!: Bagaimana Fasha boleh menyedari kejadian kecurian ini?
FASHA: Kejadian berlaku pada 12 Mac pukul 9.45 malam. Ketika itu saya dan suami bersama anak berada di Perlis. Jiran memberitahu suami, rumah kami ditinggalkan tidak berkunci dan dua pembantu rumah tiada di rumah. Polis hanya jumpa RM200 dan tiga telefon bimbit bersama mereka ketika tangkapan dibuat. Sebenarnya anggaran kerugian berjumlah RM20,000 kerana mereka turut mengambil wang Rupiah dan barang kemas.
Adakah barangan tersebut telah berjaya ditemui semula? Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi di Kajang. Saya yakin pembantu rumah telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain. Apa pun, saya kagum dengan kecekapan polis yang berjaya menahan mereka selepas tujuh jam melarikan diri. Berapa lamakah pembantu rumah ini bekerja dengan anda?
Seorang telah bekerja selama setahun dan seorang lagi baru sebulan. Setelah mereka melarikan diri, saya diberitahu oleh jiran, mereka telah bercinta dengan buruh lelaki Indonesia tidak jauh dari rumah saya. Mereka sering keluar untuk berjumpa lelaki tersebut. Adakah kejadian ini pertama kali berlaku? Ya, ini pertama kali pembantu rumah melarikan diri dari rumah saya.
Selepas kejadian ini adakah anda serik untuk menggunakan khidmat pembantu rumah? Tidak serik. Saya yakin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Saya bersyukur ketika kejadian, anak saya, Putra Rayfal ada bersama saya. Kenapakah anda merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan media sebelum ini? Perkara ini berlaku pada bulan Mac tetapi saya tidak pernah berkongsi dan bercerita mengenainya kepada pihak media kerana semuanya masih dalam siasatan pihak polis. Berita ini tersebar di internet kerana ada beberapa pemberita di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.
Apakah nasihat anda kepada orang di luar sana yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah? Saya kurang pandai menasihati tetapi apa yang boleh saya kongsikan sentiasa berhati-hati dengan pembantu rumah. Jangan percayakan mereka walaupun telah bekerja lama dengan kita. Adakalanya pembantu rumah menjadi lalai, leka serta lupa diri apabila mereka mula bercinta. Boleh kongsikan apakah perkembangan terbaharu anda?
Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama terbitan Pesona Pictures berjudul Selamat Pengantin Madu sebanyak 13 episod untuk TV3. Saya memegang watak wanita hamil bernama Hanna. - HARYATI KARIM
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

No comments:
Post a Comment