Sebanyak 12 syarikat pengendali umrah
telah di batalkan lesen pengembaraan luar negeri (outbound) oleh
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) kerana terbabit dalam kes
penipuan umrah.
Tindakan keras itu bagi mengekang kes
penipuan umrah yang semakin berleluasa. Statistik terkini MOTAC dari
2012 hingga 2016 menunjukkan 54 kes penipuan pakej umrah di rekodkan
dengan jumlah denda dan kompaun melebihi RM237,000.
Timbalan Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihak kementerian
memandang serius kes penipuan umrah yang masih berleluasa.
Katanya, statistik Tribunal Tuntutan
Pengguna Malaysia (TTPM) pula menunjukkan 2,161 kes tuntutan pakej umrah
dengan nilai kerugian mencecah RM12.7 juta bagi 2012 hingga 2015.
“MOTAC memandang serius isu ini dan kita
akan batalkan lesen pihak terbabit,” katanya pada sesi engagement
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dengan pengendali umrah di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
Sesi berkenaan yang menyaksikan hampir
500 wakil syarikat pengendali umrah hadir bagi memberikan maklum balas
tentang isu penipuan umrah dan badal haji itu, di kelolakan Majlis Kawal
Selia Umrah (MKSU).
Sesi dialog tertutup itu tertumpu kepada
pelaksanaan sub-lesen khas umrah yang akan di kuatkuasakan pada tahun
depan. Isu penawaran khidmat upah haji serendah RM1,500 turut di sentuh
wakil agensi pengendali umrah yang hadir.
Berikut disertakan di antara senarai 15 syarikat yang terlibat seperti yang di paparkan di laman rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:
- Warith NY Travel & Tours
- Tijaratun Nur Travel & Tours
- Qaisar Travel & Tour
- Permata El-Nur Travel & Tours
- Hijjaz Legend Travel & Tours
- J & J Mesra Travel & Tours
- Seven Seas Travel & Tours
- Yadh Travel & Tours Sdn. Bhd.
- ANF Holidays Sdn. Bhd.
- Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn. Bhd.
Sumber : tokeinfo.com/
No comments:
Post a Comment