Wednesday 5 April 2017

Peguam hadapi 2 tuduhan menipu RM450,000

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

PETALING JAYA: Seorang peguam hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di sini atas dua pertuduhan menipu berhubung pelaburan flat sederhana yang tidak wujud, berjumlah RM450,000.

J. Shanti, 47, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir dan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia didakwa menipu pengarah syarikat pengeluar alat ganti lori, Teh Jit Keong, 46, dengan memperdayakannya untuk melabur bagi flat kos sederhana yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua cek berjumlah RM300,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun tertuduh.

Bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa menipu Saw Lae Kun, 31, dengan cara sama membabitkan kerugian RM150,000. Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Oasis Square, Ara Damansara, di sini pada 6 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik dan Natasha Chin Le Jy.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah. Tertuduh yang diwakili peguam Lim You Ping membayar jaminan itu. Kedua-dua mahkamah itu menetapkan 4 dan 8 Mei untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

sumber : bharian.com.my

No comments: