KUALA LUMPUR - Masalah kewangan yang membelenggu rakyat Malaysia kini
dikatakan berpunca daripada sikap rakyat sendiri.
Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tidak dapat membezakan antara
keperluan ataupun kehendak.
"Orang
sekarang tidak fikir masa depan, bila ada banyak duit di tangan, mulalah gelap
mata dan ingin berbelanja tanpa menyimpan sedikit pun.
Tambahnya lagi,
beliau turut berkongsi kajian yang menunjukkan hanya sebilangan kecil rakyat
Malaysia yang punyai simpanan yang cukup dalam menghadapi kegawatan ekonomi
ini.
"Terdapat
kajian dilakukan kepada rakyat Malaysia, hanya enam peratus sahaja yang ada
simpanan hingga enam bulan.
"Sebenarnya
simpanan sebanyak enam bulan ini dijadikan penanda aras sekiranya ada apa-apa
terjadi maka dari segi kewangan masih lagi baik.
"Namun bagi
yang tiada simpanan maka masa depan akan jadi gelaplah," katanya lagi.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment