SHAH ALAM - Ekoran kejadian provokasi yang berlaku di Plaza Low Yat dan
Plaza Kota Raya baru-baru ini ekoran kes dakwaan penipuan pembelian telefon
pintar, Persatuan Pengguna Islam (PPIM) tampil memberi beberapa tips kepada
pengguna ketika berhadapan situasi ini.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, sebelum
seseorang itu ingin membeli sesebuah telefon pintar mereka perlulah menyemak
harga terlebih dahulu di internet.
"Selain itu mereka perlu berhati-hati dalam memilih kedai
telekomunikasi kerana banyak kedai yang telah menipu walaupun di kompleks
membeli-belah terkenal.
"Dan sekiranya mereka (pengguna) rasa tertipu selepas membeli mereka
perlulah segera melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Polis di Raja Malaysia (PDRM),"
katanya kepada Sinar Online.
Terdahulu pada Julai lalu, negara digemparkan dengan insiden penipuan
pembelian telefon pintar di Plaza Low Yat yang mana rentetan daripada kejadian
itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
mencadangkan penubuhan Mara Digital Mall.
Terbaharu, semalam berlaku insiden pergaduhan di Plaza Kota Raya yang mana
telah menyebabkan plaza itu ditutup buat sementara itu.
sumber : sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment