Tuesday 22 December 2015

Perkelahan berakhir tragedi selepas dibaham buaya


Gambar Sekadar Haisan

BETONG: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun hilang dipercayai dibaham buaya ketika berkelah di Sungai Kampung Bungin, Spaoh di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Fakrul Dahari dipercayai diserang buaya ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di sungai berkenaan.

Difahamkan, reptilia ganas itu menyambar tubuh kanak-kanak itu sebelum menarik mangsa ke kawasan tengah sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, James Whelan Ngang ketika mengesahkan kejadian, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu oleh Balai Polis Betong kira-kira jam 3.49 petang tadi.

Katanya, ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan dengan penumpuan di lokasi terakhir mangsa dilihat berada sebelum dilaporkan hilang.

sumber : bharian.com.my/


No comments: