Bagi Berita Semasa, tidak boleh salahkan PTPTN juga, konsep hutang. Sudah buat pinjaman, janganlah buat-buat tidak perasan yang kita pernah buat hutang melalui pinjaman PTPTN.
Tetapi jikalau potong semaksimum mungkin, Berita Semasa pun tidak bersetuju. PTPTN juga mestilah ada pertimbangan untuk survival anak-anak muda kita hidup pada bulan tersebut. Berpada dan berhati perutlah.
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, kalangan yang menerima tindakan potongan secara maksimum ini adalah dek kerana, apabila sudah keluar surat, tetapi tidak bayar saman. Apabila pemotongan dibuat ke atas gaji penjawat awam yang terlibat, habis semua yang tertangguh dari sebelum-sebelum ini dituntut semula oleh PTPTN seperti apa yang tertera di slip gaji maisng-masing selagi tiada perundingan terus anda dengan pegawai berkaitan selepas itu.
Cara Kurang Potongan Gaji Kakitangan Awam Pada Slip Gaji?
Ini cara PTPTN untuk suruh penghutang datang jumpa dan susun semula potongan tetap setiap bulan ke atas slip gaji anda selepas ini. PTPTN masih memberikan ruang dan peluang mendengar penjelasan daripada anda dengan datang terus ke pejabat PTPTN yang berhampiran dengan anda.Kepada yang buat pinjaman PTPTN, jangan sampai tidak bayar langsung. Jikalau gaji sudah beribu-ribu begitu pun masih liat untuk bayar waima RM50 sekalipun sebulan (janji ada rekod pembayaran), itu pentingkan diri sendiri namanya.
Hutang tetap kena bayar. Kelak nanti generasi akan datang yang mahu sambung belajar susah pula jikalau tiada pinjaman akibat sikap peminjam terdahulu tidak balik langsung pinjaman pendidikan.
P/S : Buang sikap suka meminjam, apabila mahu bayar memang liat.
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment