Yang mana BPP ini telah diperbadankan dan diberikan nama baru iaitu Lembaga Pembiayaan perumahan Sektor Awam LPPSA. Ini sekaligus meletakkan LPPSA sebuah lagi badan berkanun di Malaysia.
Bersama-sama itu telah ada satu akta baru iaitu Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 telah diwujudkan yang mana
- telah digubal dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 April 2015
- Dewan Negara pada 22 April 2015
- Ada yang mengatakan LPPSA adalah anak syarikat CIMB
- Kadar faedah yang ditetapkan oleh CIMB sekitar 5.5 peratus untuk 1-3
- Tahun yang pertama, manakala tahun ke 6 boleh sampai kadar faedahnya mencecah 6 peratus
- Rumah di bawah RM300,000 tidak dibenarkan menghantarkan permohonan
- housing loan atau pinjaman perumahan kepada LPPSA
- Macam-macam tuduhan yang dilemparkan
Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan : Penjelasan MOF?
Berdasarkan semakan Berita Semasa dengan pegawai pihak Kementerian Kewangan Malaysia MOF :- Tiada sebarang dasar baru mahupun perubahan terma melibatkan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan ini
- Kemudahan dan kelebihan penjawat awam seperti kadar fedah pinjaman perumahan kerajaan 4 peratus, jumlah kelayakan dan lain-lain lagi masih lagi kekal. Usah risau!
- Tidak boleh sama sekali badan berkunan duduk di bawah swasta seperti mana dakwaan LPPSA adalah anak syarikat CIMB. Tuduhan yang sama sekali tidak berasas.
- Bermula 1 Januari 2016 ini, pinjaman perumahan Kerajaan melibatkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Persekutuan akan diserahkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA
P/S : Berita Semasa boleh katakan, proses kerja badan berkanun ini, lebih teratur dan pantas.
sumber : beritasemasa.com.my
No comments:
Post a Comment