Thursday, 24 December 2015

Cubaan Tarik Mesin ATM Guna Perodua Kancil Gagal, Suspek 19 Tahun Ditangkap Ketika Berpura-pura Beli Nasi Lemak



PONTIAN - Cubaan dua lelaki untuk melarikan RM160,000 dari sebuah mesin ATM dengan menarik mesin itu menggunakan sebuah kereta perodua kancil gagal apabila aktiviti mereka itu dikesan oleh anggota unit peronda berkereta (MPV), kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Dua anggota MPV dari IPD Pontian yang berada tidak jauh dari lokasi bergegas ke tempat kejadian di Pejabat Pos Pekan Benut apabila alat penggera keselamatan di Pejabat Pos itu berbunyi.

Menurut Ketua Poolis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman, anggota peronda mendapati kedua-dua lelaki itu sedang menarik mesin ATM tersebut menggunakan kabel yang disambung pada sebuah kereta kancil bewarna putih.

"‎Setelah menyedari kehadiran polis kedua-dua  suspek cuba melarikan diri ke arah belakang pejabat pos.

"Suspek yang  memandu kereta‎ itu berjaya ditangkap, namun rakannya sempat melarikan diri ke dalam semak di belakang pejabat pos itu,"katanya sebagaimana memetik laporan Sinar Online.

Namun, hasil siasatan lanjut dan risikan, suspek kedua berjaya ditahan kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Menurutnya, rakan suspek yang berusia 19 tahun itu ditangkap ketika sedang berpura-pura ingin membeli nasi lemak di Kampung Lama Benut, 1km dari lokasi kejadian.

"Suspek pertama yang ditangkap berusia 21 tahun ‎berkerja sebagai operater pengeluaran di Singapura dan berasal dari Perak. Manakala suspek kedua berusia 19 tahun merupakan orang tempatan yang bekerja di sebuah kedai perabot.

"Hasil siasatan polis, mendapati kedua-dua suspek berkenaan melalui aplikasi sosial "weechat" sejak sebulan yang lalu, selain mereka berdua turut bekerjasama dalam perniagaan online melibatkan perniagaan mata wang,"katanya.

Jelas beliau juga, terdapat kesan pecah masuk pada pintu pagar Pejabat Pos yang menempatkan sebuah mesin ATM milik sebuah bank.

"Kedua-dua suspek akan ditahan reman bagi siasatan lanjut dijalankan di bawah seksyen 380/511 kanan keseksaan kerana cubaan mencuri.

"Siasatan polis turut mendapati kedua -dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing akan dijalankan,"katanya.

sumber - Siapakapkeli.my


No comments: