Sambutan pelanggan terhadap UK Ice Blendz semakin menggalakkan.
UK Ice Blendz Sales & Marketing memperkenalkan konsep jualan menggunakan motor roda tiga berikutan permintaan yang menggalakkan dalam kalangan pelanggannya.
Pengarah Urusannya, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, sebagai peringkat permulaan, syarikatnya akan melancarkan 10 unit motor roda tiga UK Ice Blendz dengan modal permulaan RM10,000.
“Buat masa ini, kami akan meluaskan penggunaan konsep motor roda tiga ke seluruh Lembah Klang dan seterusnya ke setiap negeri terutama rakan niaga UK Ice Blendz," katanya.
Menurutnya, syarikatnya juga bakal melancarkan Mart Mini sebelum akhir tahun ini dengan lokasi pertama di Lembah Klang.
Katanya, UK Ice Blendz mempunyai hampir 2,000 rakan niaga dan stokis di seluruh negara.
Ahmad berkata, syarikatnya mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat menjana pendapatan dan menjadi rakan niaga terutamanya di Sabah dan Sarawak.
"Sebagai salah satu usaha mengembangkan rangkaian kami, sempena ulang tahun ke-10 UK Ice Blendz, syarikat menawarkan diskaun sehingga 10 peratus kepada mereka yang menjadi rakan niaga.
"Semua pakej UK Ice Blendz hanya RM3,499 (tiada penjana kuasa) dan RM3,999 dengan penjana kuasa," katanya.
UK Ice Blendz turut berhasrat menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan produk air kisar termasuk peralatan dan kelengkapan yang diperlukan pada harga mampu milik.
"Kami juga menyasarkan peningkatan jualan lebih 50 peratus tahun ini terutama disumbangkan oleh pembukaan Mini Mart dan pelancaran motor roda tiga UK Ice Blendz," katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian
No comments:
Post a Comment