Permohonan BR1M 4.0 Berjumlah 8 Juta.
Tarik Subsidi Minyak Lebih RM1.1 Bilion VS Kantung BR1M 2015 Bertambah
30% Kepada Lebih RM6 Bilion : Jikalau sebelum ini, ketika mula-mula
dilaksanakan pada tahun 2012 BR1M 1.0 2012 sebanyak 4.18 juta isi rumah
telah mendapat manfaat pembayaran BR1M dengan dana sebanyak RM2.1 bilion
telah dibelanjakan. Angkanya…terus bertambah bagi siri BR1M 2.0 2013 apabila 4.81 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang dengan nilai sebanyak RM3 bilion.
Dan dengan peruntukkan sebanyak RM4.6
bilion, lima juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang telah menerima
habuan masing-masing bagi siri BR1M 3.0 2014. Dan seperti yang sudah
diketahui ramai, kantung pembayaran BR1M terus berjaya ditingkatkan
lebih RM6 bilion. Mana datang duit tambahan ini? Terima kasih kepada “usaha penarikan”
semula subsidi minyak melibatkan minyak RON95 dan diesel dengan
penjimatan sejumlah lebih RM1.1 bilion sekaligus membolehkan anda, anda
semua penerima kelak bakal menerima kenaikan BR1M 4.0 naik 2015 :
Nilai Pembayaran BR1M 2015 Bertambah
- Pembayaran RM950 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah
- Pembayaran RM750 (ansuran 3 kali) kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 ke RM4,000
- Pembayaran RM350 untuk bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa
perolhi setakat ini, pembayaran BR1M 4.0 2015 akan dibayar melalui 2
cara satu adalah melalui pembayaran terus ke akaun bank anda, dan satu
lagi melalui baucer (baucar tunai) bergantung samada anda memasukkan
nombor akaun bank anda ataupun tidak.
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment