Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba, Terburu-Buru. Guru Tidak
Dapat Habiskan Silibus Belajar. Respon Guru, Pelajar & Ibubapa? :
Ujian bertulis peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 telah pun melebuhkan
tirainya minggu lepas. Walaubagaimanapun, Berita Semasa menerima banyak
aduan yang mengatakan ramai pelajar Tingkatan 3 yang menjadi “bahan
eksperimen” pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak mendapat
persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan PT3 Tingkatan 3
2014 ini apabila berlaku ketidaktentuan format dan tarikh peperiksaan
PT3 Tingkatan 3 2014 ini.
Ada yang mengatakan, ada
kalangan guru yang tidak dapat menghabiskan silbus pelajaran sebelum
peperiksaan PT3 2014 bermula dek kerana kekangan masa. Sehinggalah pada
Jun 2014, barulah pelajar Tingkatan 3 dimaklumkan perlu menduduki
penilaian instrumen kajian kes dan ujian lisan pada bulan Julai dan Ogos
2014. Dan juga Berita Semasa juga difahamkan yang mana beberapa sekolah
dibenarkan memilih set soalan mereka sendiri.
Walaubagaimanapun rata-rata guru
mengatakan sistem PT3 Tingkatan 3 jauh lebih baik berbanding PMR. Cuma
daripada aspek bebanan kerja akan semakin bertambah apabila guru-guru
perlu menjalankan tugasan pegawasan dan menanda kertas peperiksaan PT3
Tingkatan 3 2014 ini.
Dan Berita Semasa juga berpandangan, PT3
ini mampu menilai lebih awal tahap kecenderungan pelajar ke arah mana
sebenarnya sepertimana yang diamalkan kepada anak-anak muda di negara
Jerman sana.
KLIK SINI: Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai 2014 :
Beban Guru Berkurang 80%. Kualiti Pelajar?
Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 : Siapa Yang Untung?
Walaubagaimanapun yang untung disebalik pelaksanaan PT3 secara terburu-buru ini pastinya :
- Publisher buku : Apabila Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) umumkan sahaja akan diadakan PT3, sepantas kilat mereka-mereka ini keluar soalan-soalan mirip PT3.
- Pusat Tusiyen : Apabila PMR dimansuhkan, ramai ibubapa terpaksa hantar anak-anak ke tuisyen bagi mendapatkan soalan-soalan emas PT3. Katanya…..
- Lembaga Peperiksaan : Goyang kaki. Sebab sekarang ini semua sekolah yang uruskan. Ya soalan mereka yang akan keluarkan tetapi…..sekolah kena pilih-pilih set soalan dan download secara rawak….kena rezo…..kena stapler…..kena jadi pengawas peperiksaan…..kena tanda sendiri
PT3 ini masih lagi peperiksaan. PBS baru
dikira sebagai pernilaian berterusan. Berita Semasa difahamkan agak
kelam-kabut juga pelaksanaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini. Untuk tahun 2014
ini sahaja sudah beberapa kali format terpaksa diubah untuk PT3.
- PT3 tetap sama peperiksaan seperti PMR. Cuma tukar nama sahaja. Awal-awal dahulu dikenali dengan PBSMR
- Bulan Jun barulah ditetapkan format
- Bulan Julai & Ogos : Penilaian instrumen kajian kes dan ujian lisan
- Bulan September barulah cikgu-cikgu dipanggil kursus termasuk diberikan format soalan dan cara menanda
- Bulan Oktober terus exam
- Result? Nantikan…..
Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 : Keputusan & Hasil Eksperimen Ini?
Itu sebablah, bagi sesiapa yang berjaya
dapat cemerlang dalam peperiksaan PT3 2014 ini Berita Semasa boleh
katakan wajar diberikan pujian kerana mampu melahirkan anak muda
berfikiran kreatif dan kritis berbanding PMR yang lebih banyak
“mengajar” pelajar untuk menghafal kerana diselitkan beberapa soalan
Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill
(HOTS) di mana tiada lagi soalan objektif untuk mereka “menembak”. Dan
Berita semasa tidak hairanlah kelak apabila mereka-mereka ini menduduki
peperiksaan SPM 2016 kelak, lebih canggih jawapan dan pandangan yang
bakal dilontarkan dek kerana sudah dilatih lebih awal “critical thinking” ini.
PBS masih lagi berjalan seperti biasa.
Betul guru-guru di Berita Semasa? Sekarang habis PT3, PBS tetap
diteruskan di mana sekarang sudah tiada lagi Program Lepas PMR.
- cikgu mengajar seperti biasa
- Selesaikan PBS yang tidak selesai
- Markah PBS perlu key in..cuma offline. Evident pelajar kena ada
- Ini kerana pentaksir akan datang untuk proses pemantauan.
- Berita Semasa difahamkan markah PBS perlu selari dengan PT3. Jikalau PT3 markah tinggi tetapi PBS markah rendah, markah di PT3 itu akan ditolak.
Berita Semasa tetap gemar dan suka
konsep PT3 ini. Mengalakkan anak-anak muda berfikir di luar kotak.
Tetapi, dek kerana pelaksaan yang agak carca merba, terburu-buru dan
permulaan yang banyak “glitches here and there”. Walaubagaimanapun,
harapan Berita Semasa tetap tinggi mahukan sistem dan pelaksaan PT3
Tingkatan 3 ini akan bertambah baik daripada masa ke semasa. Dengan
harapan apabila ditukar menteri, polisi tidak berubah lagi untuk
melakukan eksperimen baru.
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
on October
No comments:
Post a Comment