Wednesday, 11 June 2014

Hartanah di Johor Terus “Dirogol” Secara Halal Oleh Pelabur Asing!

Hartanah di Johor Terus “Dirogol” Secara Halal Oleh Pelabur Asing : Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang.

Nah inilah ini bait-bait lagu Warisan “Anak kecil Main Api” yang mengingatkan nasib & suatu peringatan rakyat Malaysia andai jika kedaulatan dan rezab tanah yang pernah ditinggalkan oleh penjajah British kepada pemerintah. Datuk Syed Al-Attas pernah melabel rakyat negeri Johor miskin sebenarnya (SEPERTI DI SINI) dibandingkan dengan rakyat negeri lain termasuk rakyat Kelantan.

Harga tanah yang begitu mahal di negara sendiri, disamping kuasa beli yang besar telah menarik minat rakyat Singapura untuk memiliki tanah di Johor secara tidak terkawal sehingga menutup peluang rakyat Johor sendiri untuk memiliki tanah.
  1. Tanah KTMB di Singapura pun sudah dijual…
  2. Batu putih sudah pun diserahkan dengan mudah kepada Singapura (SEPERTI DI SINI PUNCANYA)
  3. Bekal air ke Singapura dengan harga yang hampir sekali tidak masuk akal (KLIK SINI)
  4. Puluhan ekar dan ratus ekar tanah di negeri Johor berjaya dimiliki oleh pelabur Asing (KLIK SINI)
Harga Rumah di Johor

Hartanah di Johor : Nasihat & Peringatan Tun Dr Mahathir?

Bagi Berita Semasa rakyat Johor perlukan pemimpin & pemerintah yang lebih ‘jati diri” bagi mentadbir negeri Johor. Mampu pertahan tanah daripada jatuh ke tangan orang luar dan tidak goyang atas nama kuasa dan apabila dihidangkan dengan “lambakan duit” daripada kapitalis dari luar sana.

Kira-kira 2 tahun lalu, ketika bandar Iskandar mula dibangunkan, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan agar bandar baru yang gah ini tidak akan jadi milik orang Singapura. Amaran Tun Dr Mahathir Mohamad hilang ditelan keghairahan ‘pembangunan’ dan publisiti menarik ‘pelaburan asing’.

Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun – samalah dengan menjual bangsa dan negara. Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi semata. Sekali sekala, elok juga dibaca dengan semangat untuk terus mempertahankan tanah yang di negeri anda. Sepatutnya, kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia kepada pemerintah. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama menggamit pelaburan.”

Hartanah di KL
  • Ya…benar, kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor – dari negara mana sekali pun
  • Tetapi…..ada tetapinya, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing
  • Penjualan hartanah kepada pelabur asing hanya menguntungkan pihak yang membuat & terlibat dengan transaksi tersebut
  • Akhirnya apa jadi? Rakyat Johor sedikit demi sedikit terpaksa berhijarah ibarat dihalau ke luar dari kawasan bandar dan elit di negeri Johor sedangkan pelabur asing terus berkmapung dan memonopoli kawasan bandar di negeri Johor
  • Akibatnya kita jadi penumpang dan pengemis di bumi warisan nenek moyang. Ini sudah terjadi di semua negeri, terutama di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!
Dalam kerancakan pihak pemerintah membangunkan hartanah dan pelaburan lain di Johor ini, harapan Berita Semasa yang kami pasti senada dengan rakyat negeri Johor agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pemerintah tidak akan merelakan mana-mana pihak, menitiskan air mata.”

Hartanah di Johor Malaysia : Tuan @ Penumpang di Tanah Air Sendiri?

Harga Rumah Danga Bay
Contohnya, Berita Semasa sendiri terkejut, tatkala calon heavyweight daripada Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang berjaya menumbangkan tokoh besar UMNO di Bandar Diraja, Johor Bahru yang Berita Semasa jangkakan hampir sama sekali Ghani Othman suatu figura politik yang sukar rebah kepada Lim Kit Siang? Apa sebabnya? Pernah terfikir dan cuba untuk musabah diri sendiri?
Berita Semasa yakin dan percaya jika apa yang dikehendaki rakyat Johor dituruti pemerintah, Pakatan Rakyat tidak mampu “cari makan” di sana.
Cukupkah sekadar melaungkan ‘Hidup Melayu, Hidup Melayu, 1Malaysia“, rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu terus terbuai dengan laungan seperti itu? Apa yang rakyat Johor mahukan adalah kata-kata yang disertakan tindakan yang berpihak kepada mereka sebagai rakyat marhaen. Apa yang rakyat Johor mahukan adalah :
  1. tanah mereka tereka terus terpelihara supaya tidak terus dirogol oleh pelabur asing
  2. lebih banyak rumah mampu milik
  3. itu belum disentuh lagi, bebanan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi
Janganlah kita asyik membaca laporan pencapaian ekonomi. Ratus juta sana, pelaburan berbilion sini. Sekali sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat bangsa kita.
Rumah di Johor
Berita Semasa tidak mahu ‘rakyat Malaysia, khususnya di bumi Johor menitiskan air mata’, menyanyi lagu: Tudung periuk pandai menari. Menari lagu putera mahkota. Kain yang buruk berikan kami. Buat menyapu si air mata.

P/S : Usahlah! Cukuplah! Buat duit mudah dengan cara menyerahkan tanah Johor kepada pelabur asing. Belajarlah dengan negara Jerman, cara bagaimana kerajaan Jerman menjaga pasaran hartanah di sana sehingga rakyat Jerman tidak terbeban. Insyaallah, Berita Semasa akan kupas untuk rujukan kita pada masa akan datang. Nantikan!

PP/S : Kita sedang ghairah dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan pelancongan, dan megah dengan sanjungan dunia. Pendatang asing pun sudah menguasai kita. Kita leka dan terus berebut wang dan kuasa – sesama kita.

sumber dari :  http://www.beritasemasa.com.my/

No comments: