Friday 13 June 2014

PUNB lulus pinjaman RM128j sehingga 31 Mei

jadakiss agk episode 31 rakion stage 55 murder inc hollywood undead mayahee steaua-napoli xxx inda punb omito beats ceng zamzam meirenwulei asti heroes sui tang ilk 31 mei hannah montana nanvit patel
PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meluluskan pinjaman berjumlah RM128 juta kepada 350 usahawan dalam lima skim pembiayaannya antara Januari dan 31 Mei lepas.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata daripada jumlah itu, seramai 21 usahawan diberi pinjaman menerusi skim Prosper  Pemborong berjumlah RM41.4 juta; 143 usahawan Prosper Runcit (RM33.8 juta); 96 usahawan Prosper Teras (RM23.7 juta); lapan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM23.5 juta) dan 82 Prosper Usahawan Muda (RM5.6 juta).

Beliau berkata jumlah pembiayaan itu merupakan 61 peratus daripada sasaran peruntukan pembiayaan berjumlah RM208.6 juta melibatkan 617 usahawan menjelang akhir tahun ini.

"Baki pembiayaan berjumlah RM80.5 juta, dijangka dapat diagihkan kepada 267 usahawan menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan PUNB dengan usahawan negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor mencatatkan pembiayaan tertinggi, melibatkan peruntukan berjumlah RM59.4 juta, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur (RM11.6 juta) dan Kedah (RM9.9 juta).

Katanya PUNB meluluskan pinjaman berjumlah RM1.8 bilion kepada kira-kira 6,000 usahawan di seluruh negara sejak 1992.

Sementara itu, Mohd Ali berkata PUNB menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam skim Prosper Pemborong dalam sektor  automotif.

Beliau berkata bidang tersebut mempunyai pasaran yang luas berdasarkan terdapat kira-kira 35,000 bengkel di seluruh negara, namun hanya 10  peratus daripadanya milik Bumiputera. - Bernama

No comments: