Tiga remaja lelaki adik beradik yang tidak disebutkan namanya dari
Republik Dominika ini tidak pernah menginginkan mereka dilahirkan
seperti ini. Namun ketidakseimbangan hormon dalam tubuh menyebabkan
mereka mempunyai payudara seperti perempuan.
Menurut bapa mereka, Felipe Ramirez, keganjilan pada anak-anaknya mulai
dilihat ketika mereka menginjak usia 9 tahun. Kini ketiga-tiga anaknya
berusia 10, 12, dan 17 tahun dan dia berasa tertekan pula kerana tidak
memiliki dana untuk memberikan anaknya rawatan perubatan. Fenomena
ganjil ini membuatkan mereka selalu menjadi mangsa buli.
Gynecomastia (Gynaecomastia) adalah perkembangan tidak normal di mana
kelenjar susu pada kaum lelaki membesar dan mereka memiliki bentuk
fisikal seperti seorang wanita. Gejala abnormal seperti ini mungkin
diwarisi dari orang tua, iaitu dari pihak ibu sebagai pembawa gen
sifat-sifat tersebut. Golongan lelaki yang sering menderita
Gynaecomastia adalah mereka yang proses metabolisme tubuhnya tidak
stabil. Namun hal ini tidak disebabkan kerana obesiti atau kegemukan.
Dr Elbi Morla yang memimpin operasi pembedahan yang dilaksanakan atas
kemurahan hati pemimimpin Velez Santana Hospital, Dr. Pedro Antonio
Delgado (kanan) yang memutuskan pihak hospital menanggung sepenuhnya kos
pembedahan.
Saksikan Videonya dibawah:
sumber : khairulnizamnorain.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment