Saturday 2 January 2016

Sangkar Maut! Taman Tema Sarang buaya [Lihat Gambar]


Kepada mereka yang suka dengan tempat-tempat yang penuh dengan cabaran tahap maksimum berani tahap dewa bolehla pergi ke Taman Tema Sarang Buaya. Taman Tema ini menyediakan sangkar khas yang di panggil SANGKAR MAUT yang diperbuat daripada kaca tebalnya hanya 4cm.

Australia - Bagi pengunjung yang ingin merasai debaran menghadapi maut berhadapan dan berenang bersama buaya air masin yang besar, pihak Taman Tema akan menyediakan sepasang cermin mata dan baju renang sahaja untuk memasuki sangkar cermin tersebut.

Tarikan taman tema yang terletak di tengah-tengah kota Darwin di Wilayah Utara telah memberikan kepuasan kepada ramai golongan, ternyata ramai pelancong yang berpuas hati dengan adanya taman tema sebegini. Bukan buaya sahaja yang di tontonkan malahan jerung dan binatang-binatang yang bahaya turut ada di dalam kolam yang di sediakan oleh taman tema tersebut. Pengalaman sebegini jarang-jarang dapat di rasakan oleh kebanyakan manusia, "berenang bersama binatang buas" kata para pelancong yang berkunjung di situ.


sumber : khairulnizamnorain.blogspot.my/

No comments: