Sunday 27 December 2015

Cincin lamaran tertinggi di dunia


CINCIN lamaran ini dirakam pada ketinggian 30 kilometer di ruang angkasa. - AGENSI

ALBERTA, Kanada – Seorang lelaki di sini mengambil inisiatif yang berbeza ketika membuat lamaran terhadap teman wanitanya dengan menerbangkan cincin ke angkasa lepas baru-baru ini.

Tindakan itu dilakukan oleh Shawn Wright yang melamar Maylynn Stephenson dengan menerbangkan cincin pertunangan mereka menggunakan belon kaji cuaca setinggi 30 kilometer di udara.

Menurut Wright, ketika membuat lamaran kali pertama, dia tidak menyediakan cincin. Setahun kemudian, dia membeli barangan kemas tersebut dan berfikir cara yang berbeza untuk diberikan kepada Stephenson.

“Cincin tersebut dilekatkan pada sekeping kayu dan sebuah belon altitud tinggi selain kame­ra bagi merakamkan suasana di ruang angkasa,” kata Wright.

Selepas dilancarkan, belon tersebut terbang ke udara selama empat jam sebelum mendarat 300 kilometer dari tempat pelancarannya.

“Dia sangat terkejut kerana saya menggunakan cincin betul ketika melakukan pe­nerbangan tersebut,” kata Wright. – Agensi

sumber : kosmo.com.my/

No comments: